ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 14 Februari 2012

MAZLAN ALIMAN SUKA KPF TOLAK UNTUNG RM18 BILION?

Sisipan berita perniagaan akhbar New Straits Times, Business Times hari ini mengeluarkan artikel bertajuk "Felda Global to join Bursa top 20 club". Ia memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam yang menyebut permodalan pasaran Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) akan meningkat dari RM3 bilion ke RM21 bilion sebaik sahaja ianya disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 Mei 2012 nanti.
Diambil dari laman web Business Times, 14/02/2012
Dengan permodalan pasaran sebanyak RM21 bilion itu nanti, FGV akan muncul dalam kelab 20 "blue-chip" Bursa Malaysia, mengatasi antara lainnya gergasi korporat Malaysia seperti Telekom Malaysia, Petronas Dagangan, AMMB Holdings (pemilik kumpulan perbankan Arab-Malaysian) dan RHB Capital.

Memandangkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) mempunyai saham di dalam FGV yang bakal disenaraikan itu, keuntungan RM18 bilion itu pasti akan sama turut dirasai oleh KPF yang seterusnya boleh disalurkan kepada masyarakat Felda yang mempunyai pegangan saham di dalam KPF.

Patutlah ANAK pimpinan Mazlan Aliman berang dan begitu bersungguh-sungguh menentang penyenaraian FGV. Rupa-rupanya, jika masyarakat Felda mendapat durian runtuh hasil dari penyenaraian itu nanti, lebih payahlah untuk ANAK dan Mazlan Aliman meracuni pemikiran masyarakat Felda dengan pelbagai tuduhan yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya setakat ini.

Mungkin ini peluang terbaik bagi masyarakat Felda untuk merubah kehidupan generasi mereka ke arah yang lebih baik berbanding sekarang. Ingatlah firman Allah Taala yang bermaksud, "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka itu sendiri mengubah nasib mereka" (Surah Ar-Ra'ad, ayat 11).

Kepada masyarakat Felda semua, berfikirlah dengan waras. Renungkanlah masa depan generasi anda. Peluang telahpun berada di depan mata. Jangan terpengaruh dengan dakyah kumpulan yang hanya mahu meraih populariti demi meraih undi pilihanraya, sedangkan kesusahan golongan peneroka tidakpun dipedulikan mereka selama ini.... Dan buat golongan berkenaan, cukup-cukuplah memesongkan pemikiran warga Felda demi kepentingan politik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...