ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 7 Februari 2012

TONY PUA TUNJUK TERER KAT RAJA NONG CHIK...

Hero DAP sorang ni, kononnya nak tunjuk terer kat Raja Datuk Nong Chik, bila dia keluarkan kenyataan di Malaysian Insider (klik sini), suruh Raja Nong Chik pergi asah lagi pengetahuannya tentang pinjaman sub-prima. Pinjaman yang dimaksudkan oleh si Tony Pua Cina DAP sepet ni ialah berkenaan skim pinjaman pembelian rumah yang disewakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah RM1.5 bilion yang akan dibiayai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Cina sepet DAP yang kononnya pakar ekonomi ini :

Dalam dia nak tunjuk pandai, rupa-rupanya terserlah kedunguan tahap gaban oleh Cina sepet DAP ni. Kononnya, pinjaman yang dijangka bakal memanfaatkan 20,000 penyewa sediada DBKL untuk memiliki kediaman sendiri seolah-olah sama dengan krisis pinjaman sub-prima Amerika Syarikat tahun 2008-2009.

Sesuka hati dia saja cakap golongan bakal peminjam di bawah skim ini nanti adalah golongan yang PASTI tidak mendapat pinjaman dari bank komersial. Dalam ertikata lain, si Cina sepet DAP ni nak beritau, 20,000 orang bakal peminjam ni mempunyai "credit -rating" yang rendah pada pandangan bank.

Kawan nak beritau, pendapat si Tony Pua** ini adalah pendapat yang paling hampeh sekali. Sebab????

Pertama sekali, kebanyakan bank komersial, tak kiralah bank tempatan mahupun asing, jarang nak memberikan pinjaman perumahan bagi rumah-rumah kos rendah. Cubalah anda pusing satu Malaysia tanya berapa bank yang sanggup bagi pinjaman untuk beli rumah murah berharga RM25,000; dan kemudian kira berapa pula bank yang sanggup memberikan pinjaman sedemikian? Jawapannya, boleh dibilang dengan jari....

Sebab apa, bank nak jaga "profit-margin" dia. Setakat bagi pinjaman RM25,000; berapa sangatlah untung yang dimakan oleh bank dari hasil faedah atas pinjaman berkenaan. Kalau adapun yang sanggup beri pinjaman berkenaan, kadar faedah yang dikenakan biasanya lebih tinggi berbanding dengan pinjaman perumahan yang melebihi RM100,000. Pegawai pinjaman bank pun tarik muka masam mencuka bila nak proses permohonan pinjaman rumah kos rendah, sebab tak menyumbang kepada "balance scorecard" dia... Itulah yang biasanya terjadi.

Sebab kedua, bagi golongan yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah RM1,500; apakah pendapatan bersih yang tinggal jika ditolak dengan potongan KWSP, kos sarahidup yang tinggi di bandar, ditolak lagi dengan bayaran pinjaman motosikal ataupun kereta. Orang bujang pun kadangkala terpaksa berpuasa menunggu hari gaji bulan berikutnya, apatah lagi golongan yang berkeluarga? 

Golongan seperti ini, secara automatik akan gagal untuk mendapatkan pinjaman perumahan kerana "repayment ceiling limit" yang menentukan kelayakan peminjam jauh lebih tinggi, mungkin mencecah 80 ke 90%  dari pendapatan bersih bulanan mereka, berbanding kadar yang ditetapkan oleh pihak bank di sekitar 40 ke 50%. Jadi, jika tiada skim yang sebegini, golongan berpendapatan rendah akan selamanya terus tinggal menyewa selama berpuluh tahun tanpa berpeluang untuk memiliki aset hartanah sendiri.

Sebab ketiga, bagi golongan yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap seperti penjaja dan peniaga kecil, bagaimana mungkin mereka boleh mendapatkan pinjaman perumahan di bank komersial sedangkan antara syarat permohonan pinjaman, mesti mengemukakan bukti pendapatan dalam bentuk slip gaji, surat pengesahan majikan, penyata KWSP dan sebagainya. Sekali lagi, kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen tadi menyebabkan bank akan menolak permohonan pinjaman perumahan mereka. 

Jadi, jika kerajaan tidak melancarkan skim pinjaman seperti ini, apakah harapan yang ada pada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri? Yang difikirkan oleh Cina sepet DAP ni, takde lain, ringgit dan sen!!! Takut pinjaman yang menggunakan dana KWSP ini tidak berbayar. Tidakkah si Tony Pua** ini mendengar atau membaca kisah kejayaan Grameen Bank (klik sini) di Bangladesh yang menyediakan khidmat pembiayaan kepada golongan miskin dan menjadi simbol kejayaan kepada usaha membenteras kemiskinan di negara berkenaan sehingga memenangi Anugerah Nobel Keamanan pada tahun 2006?  

Kawan juga ingin mencabar YB Lembah Pantai, Nurul Izzah yang turut sama menyokong pendapat Tony Pua** ini, supaya membuat roadshow menentang skim pembiayaan ini di flat-flat dalam kawasan parlimennya. Kita tengok apa reaksi penduduk di Lembah Pantai yang masih ramai berada dalam golongan berpendapatan rendah. Setakat "baling batu, sembunyi tangan", orang pekak pun boleh buat. Kalau Nurul Izzah tak buat roadshow menentang skim pembiayaan ini di Lembah Pantai, ianya bakal menjadi bukti betapa hipokritnya YB Pakatan Rakyat Lembah Pantai ini....   

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...