ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 30 Mac 2013

MIMPI INDAH SI TUA BERNAMA KARPAL SINGH....

Pengerusi DAP melahirkan keyakinan PR akan mendapat majoriti mudah di Parlimen dan menang di 7 buah negeri termasuk Johor. Kawan sungguh kasihan kerana Karpal ni tak sudah-sudah bermimpi nak duduk di puncak kuasa. Dari zaman dia sihat dulu, hinggalah dah berkerusi roda, impian untuk berkuasa di Putrajaya tak pernah pudar dari lubuk hati Karpal. Dari zaman muda, hinggalah dah bentuk keluarga politik dalam DAP, hajatnya untuk memerintah Malaysia belum tercapai.

Sumber : Sinar Harian 30/03/2013

Kerana itu, Karpal dan rakan-rakan tidur mimpi sebantalnya dalam PR begitu beria-ia meyakinkan diri mereka bahawa sebaik sahaja PRU13 selesai, mereka akan dapat memegang tampuk kuasa yang telah sekian lama mereka impikan. Soalannya, adakah keyakinan mereka itu bersandarkan kepada realiti ataupun cuma inti penyedap mimpi sahaja?

Karpal melahirkan keyakinan akan kembali berkuasa di 4 negeri yang dikuasai PR sekarang. Pulau Pinang mungkin ya kerana tak dinafikan undi kaum mata sepet sememangnya hampir pasti menjadi milik DAP biarpun berteraburan bantuan dicurahkan oleh kerajaan pusat kepada kaum mata sepet ini. Yang penting bagi kaum mata sepet ini adalah, penguasaan total dalam bidang politik setelah penguasaan kaum mereka dalam bidang ekonomi sudah tidak boleh diatasi oleh mana-mana kaum lain di Malaysia ini. Gerakan dan MCA mungkin boleh membuat kejutan dengan memberi saingan sengit di beberapa kerusi DUN dan Parlimen tetapi adalah sukar untuk kedua parti komponen BN ini menumbangkan DAP lantaran kedua-duanya sering dilabelkan sebagai "balaci UMNO" di kalangan kaum mata sepet.

Adakah Karpal terlalu yakin yang Pas akan kembali berkuasa di Kedah? Pada hemat kawan, Kedah kemungkinan besar akan dirampas semula oleh BN. Pertelagahan sesama sendiri di dalam Pas untuk menduduki kerusi MB di samping kelemahan pentadbiran MB sekarang, memungkinkan negeri yang mempunyai majoriti penduduk Melayu ini memulangkan semula kuasa kepada BN. Selain itu, faktor Tun Dr Mahathir yang akan turun ke gelanggang untuk membantu kempen BN dan juga anaknya, Datuk Mukhriz yang diberitakan dalam pertimbangan untuk diangkat menjadi MB yang baru jika BN kembali berkuasa, akan menyebabkan Pas berada dalam kedudukan sukar untuk mempertahankan kuasa mereka. Jadi, satu negeri dah berkemungkinan besar untuk hIlang dari senarai yang dipersembahkan oleh Karpal.

Kelantan pula, walaupun pengaruh Tok Guru Nik Aziz masih kelihatan kukuh, rakyat Kelantan perlu mengambilkira keadaan kesihatan Tok Guru yang makin merosot sehingga kerapkali dimasukkan ke hospital ketika mereka mengundi nanti. Di samping itu, ketiadaan pelapis yang berkebolehan dan mempunyai aura yang sama darjat dengan Tok Guru juga memungkinkan pengundi di Kelantan beralih arah kepada BN. Terdedah juga satu-persatu penyelewengan dan dakwaan salahguna kuasa seperti pemberian pajakan kawasan pembalakan kepada syarikat dimiliki oleh sepupu mata sepet dari Perak, kontroversi ladang rakyat, pelbagai projek pembangunan yang dirancangkan tetapi satupun belum dilaksanakan seperti stadium baru dan lebuhraya rakyat di samping dakwaan minyak dijumpai di daratan Kelantan tetapi tidak pernah ditunjukkan bukti yang konkrit akan kewujudannya, bakal membuka minda anak muda Kelantan untuk menterbalikkan undi mereka kepada BN. Keikhlasan yang ditunjukkan oleh barisan kepemimpinan UMNO Kelantan terutamanya Tok Pa dalam membawa pembangunan ke Kelantan, menunjukkan pola perubahan besar sedang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Apakah Karpal masih yakin untuk kembali berkuasa di Kelantan?

Selangor pula memang tidak dinafikan akan menjadi cabaran sengit kepada PR untuk mengekalkannya. Kerajaan Selangor dimartabatkan oleh kepemimpinan PR sebagai kerajaan terbaik dari segi pengurusan kewangan dan hasil-mahsul negeri. Namun begitu, rakyat sedang memerhati dengan penuh teliti, mengapakah negeri yang dicanangkan mempunyai rizab tunai mencecah angka bilion ringgit tetapi tidak berupaya untuk memberikan pelbagai bantuan kewangan yang dijanjikan mereka kepada rakyat negeri Selangor dalam manifesto PR pada PRU12? Juga, jika Selangor begitu kaya, mengapakah mereka perlu menjual beberapa aset strategik seperti asrama Yayasan Selangor dan yang terbaru, pembangunan Datum Jelatek di tengah-tengah kawasan Melayu di Keramat. Istilah "manifesto bukan janji" yang keluar dari mulut MB Selangor, Khalid Ibrahim nyata memakan diri apabila berderet kes mahkamah yang difailkan oleh rakyat Selangor sedang menunggu untuk dibicarakan. Begitu juga dengan kontroversi yang dicipta oleh kerajaan Selangor berkaitan dengan penguatkuasaan enakmen yang berkaitan dengan agama Islam seperti rampasan arak di kedai 7-11 di Shah Alam yang terpaksa dipulangkan semula. Begitu juga dengan insiden siasatan JAIS terhadap majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sebuah gereja di Damansara hinggakan menjadi antara punca Datuk Hassan Ali dipecat dari Pas dan kehilangan jawatan Exconya. Tidakkah perkembangan ini bakal menyaksikan undi majoriti kaum Melayu bakal berpaling semula kepada BN? Apakah Karpal masih yakin?   

Selanjutnya, yang paling diidamkan Karpal dan teman sebantalnya ialah Johor. telah diwar-warkan beberapa nama glamer (bukan nama besar) dalam PR akan turun bertanding di Johor seperti si tua kutuk Lim Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah dan juga Salehudin Ayub yang sedang mengintai samada kerusi Parlimen ataupun DUN di Johor. Begitu juga dikatakan dua orang jeneral pencen yang baru sehari jagung menyertai parti keldai akan mencabar Tan Sri Shahrir Samad dan Datuk Khaled Nordin di Parlimen Johor Bahru dan Pasir Gudang. Kawan nak beritahu Karpal, jangan sesekali bermimpi untuk berkuasa di Johor. Untuk menang sedikit kerusi mungkin ada harapan tetapi untuk membentuk kerajaan negeri, adalah hampir mustahil. Johor adalah tempat asal tertubuhnya UMNO dan semangat anak negeri Johor untuk terus memperkasakan UMNO terus bersemarak menyala. Jangan nanti, kepemimpinan PR yang berhasrat melebarkan sayap mereka ke negeri selatan Semenanjung ini menanggung malu yang amat besar akibat kekalahan yang sungguh memilukan.
Sumber : Malaysiakini 29/03/2013
Sumber : Malaysiakini 30/03/2013

Tak cukup dengan itu dan belum pun lagi berkuasa, dah berlaku pergelutan di antara DAP dan parti keldai berkenaan pembahagian kerusi untuk bertanding nanti hingga memaksa Chua Jui Meng menyepikan diri dari menghadiri majlis yang dianjurkan oleh PR. Korang bacalah sendiri dua artikel di atas tu. Takkanlah pencacai PR tak percaya berita kat atas ni pasal sumbernya datang bukan dari Utusan Malaysia, akhbar pembohong nombor satu di Malaysia, sebaliknya dari Malaysiakencing yang tersohor sebagai media paling bersih dan adil di Malaysia.

Karpal ingat, Chua Jui Meng nak duduk diam saja bila kerusi Gelang Patah yang diidamkannya itu diberikan begitu saja oleh pemimpin tak bertauliah parti keldai kepada Lim Kit Siang? Tak mustahil sekiranya kehendak Chua Jui Meng tidak dipenuhi, dia akan memberontak kerana sejarah telah membuktikannya. Apabila dia tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi parlimen P145 Bakri pada PRU12 2008, di samping kekalahannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden MCA pada 2008, dia telah bertindak keluar dari MCA dan seterusnya menyertai parti keldai. Ada ura-ura mengatakan antara punca Parlimen Bakri menjadi satu-satunya kerusi Parlimen yang terlepas ke tangan PR di Johor adalah berpunca dari sabotaj akibat rasa tidak puashati penyokong Jui Meng kerana tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Dan tidak mustahil, Jui Meng akan memberontak sekali lagi dan bakal mengakibatkan undi untuk DAP dan PR di Johor menjadi berantakan. Jadi, apakah Karpal masih yakin Johor akan jatuh ke tangan PR?

Kawan tak nak menyentuh tentang Negeri Sembilan dan Perlis sebab perkembangan politik di dua negeri ini kurang panas berbanding dengan negeri-negeri yang telah kawan sentuh di atas. Sebagai kesimpulannya, dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang nampaknya menjerumuskan PR ke kancah kontroversi yang berpanjangan termasuk krisis Lahad Datu yang menyebabkan anggota pasukan keselamatan bangkit membalun pemimpin PR terutamanya Tian Chua dan Anwar Ibrahim, kawan boleh beritahu Karpal, PRU13 tidak akan menjadi medan kemenangan buat PR. Lain kali sajalah kalau Karpal masih bermimpi untuk berkuasa, itupun jika hayatnya masih ada pasca PRU13 nanti. Ajal maut, manalah kita tahu, ya tak?

                   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...