ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 14 April 2011

ALTANTUYA : NAMA NAJIB & ROSMAH DIBERSIHKAN OLEH RPK



Dalam pendedahan eksklusif yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam tadi, blogger reformasi yang mengendalikan laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (RPK) menafikan beliau menuduh Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam pembunuhan bekas model berasal dari Mongolia, Altantuya Shariibu beberapa tahun lepas.


Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa apa yang dinyatakan di dalam Akuan Berkanunnya ialah, beliau mendapat maklumat dari beberapa orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim tentang penglibatan Perdana Menteri (PM) dan isteri dalam kes pembunuhan yang mencalarkan imej Malaysia di mata antarabangsa selama ini. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa beliau meminta pihak berkuasa supaya menyiasat kebenaran dakwaan itu.

Pendedahan yang dibuat RPK ini cuma mengesahkan bahawa teori konspirasi yang dicanangkan selama ini bagi memburukkan imej PM sebenarnya adalah mainan politik bagi menghalang Datuk Seri Najib dilantik sebagai PM. Kerana itulah, Datuk Seri Najib tidak langsung gentar untuk bersumpah bahawa beliau sememangnya tidak mengenali Altantuya.

Pakatan Rakyat (PR) menjadikan kes pembunuhan Altantuya sebagai modal politik mereka untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melakukan apa sahaja termasuk mengebom orang untuk menutup skandal yang dilakukan. Kini ternyata, modal politik agung yang dicanangkan Anwar dan sekutunya menjadi senjata makan tuan. RPK yang dulunya penyokong kuat reformasi Anwar pun akhirnya bosan dengan permainan politik Anwar.

Tidak cukup dengan itu, orang kuat Anwar, Tian Chua pun akhirnya terpaksa mengaku bahawa beliau adalah orang yang membuat gambar superimpose menunjukkan Datuk Seri Najib, Abd Razak Baginda dan Altantuya sedang minum kopi di luar sebuah cafe di Paris.

Anwar cukup gemar memukul canang bahawa segala tuduhan salah laku seks tahun 1998 dan 2008 serta pendedahan video seks 2011 merupakan fitnah bagi menjalankan "character assassination" kerjaya politiknya. Bagaimanapun, yang lebih terbukti adalah, satu-persatu tohmahan yang dilemparkan ke atas kerajaan BN selama ini merupakan FITNAH BESAR PR demi untuk menggapai impian mereka bagi mendapatkan kuasa ke Putrajaya.

Semakin hari, semakin banyak kebobrokan permainan politik Anwar terdedah. Apa yang diserangnya terhadap BN, kini semuanya terpercik kembali ke muka beliau. Tuduhan nepotisme, kronisme, rasuah, skandal sana-sini; rupa-rupanya semakin merebak di dalam PR sendiri. Mungkin ini adalah petunjuk dari Allah S.W.T yang memakbulkan doa ribuan muslimin dan muslimat yang mengerjakan solat hajat di Shah Alam baru-baru ini?

Bagi mereka yang mahu berfikir tanpa dipengaruhi emosi, mereka dapat melihat kesan solat hajat yang dilakukan. Pada 1998, di Kelantan, dilakukan solat hajat meminta supaya musibah ditimpakan ke atas Tun Dr Mahathir kerana kononnya menganiaya Anwar dengan memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, alhamdulillah, masih sihat sehingga ke hari ini malahan buah fikirannya masih lagi dihormati di seluruh dunia walaupun beliau tidak lagi menjadi seorang PM.

Dalam kes terbaru ini pula, semakin banyak pendedahan yang memalukan dibuat oleh orang yang pernah rapat dengan Anwar. Masalahnya, terdapat pihak yang begitu jumud dan taksub kepada Anwar yang tidak mahu membuka fikiran mereka untuk merenung sejenak setiap kejadian yang berlaku. Golongan ini yang dikatakan olah saudara Zul Noordin sebagai golongan yang disebut dalam Surah Yasin sebagai golongan "summum, bukmum, umyum" atau PBB (pekak, bisu & buta), nampaknya belum lagi mendapat hidayah untuk melihat penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar dan PR.

Apapun, jutaan penghargaan harus diucapkan kepada RPK yang telah membantu membersihkan nama PM & isteri dam seterusnya memalitkan arang ke muka Anwar sehinggakan mengelak pertanyaan seorang pengikut tweeternya tentang isu ini.

Orang tua kita ada berpesan, "tepuk air di dulang, terkena pada muka sendiri". Itulah yang berlaku sekarang. Semoga kita semua mendapat hidayah agar tidak menjadi golongan PBB.   

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...