ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 3 April 2013

HA HA HA... TABIK SPRING KAT UNCLE SAMY...

Kawan memang tak tahan nak gelak... Bila saja Uncle Samy ni bukak mulut, ada saja lawak yang dibuatnya. Pendek kata, memang tak kering gusi bila dengar Uncle Samy ni berkata-kata. Lawak yang disampaikannya, memang numero uno (nombor satu). Dengan begitu bersahaja dan tanpa dibuat-buat. Tabik spring kat Uncle Samy... 

Sumber : Malaysiakini 03/04/2013

Uncle Samy buat kenyataan hari ni bahawa dia adalah calon boleh menang BN bagi kerusi Parlimen Sungai Siput yang pernah diwakilinya selama 8 penggal bermula dari 1974 sehinggalah beliau tewas dalam PRU12 2008 kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang mewakili PKR dengan majoriti 1,821 undi. Dari kenyataannya, Uncle Samy berhasrat untuk menebus kembali kekalahannya pada tahun 2008 di samping merampas semula kerusi berkenaan. 

Kawan boleh katakan kepada Uncle Samy, lupakanlah hajat Uncle Samy tu. Uncle Samy pun dah berumur 77 tahun, banyakkanlah berehat dan meluangkan masa dengan keluarga. Terimalah hakikat, zaman Uncle Samy dahpun berlalu. Seperti kata Tun Mahathir ketika mengulas perpindahan Lim Kit Siang untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor, berilah can kepada orang lain. Ada ramai pemimpin lain dalam MIC yang boleh ditonjolkan untuk bertanding di kerusi yang pernah jadi kubu kuat Uncle Samy dulu.

Tapi dalam pada tu pun, Uncle Samy sempat jugak "smash" samada Presiden MIC, Datuk G Palanivel patut bertanding di kawasan selamat. Katanya, "jika ada orang yang mahukan kerusi selamat, cara paling selamat adalah dengan tidak bertanding". Fuh, memang kelas "smash" Uncle Samy. Lawak pun ada jugak... Itulah dia Uncle Samy, ahli politik yang penuh dengan warna-warni. Happy retirement, Uncle Samy...

    



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...