ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 23 Jun 2011

HIMPUNAN BERSIH SERENTAK DI 8 BANDARAYA DUNIA

Malaysian Insider menyatakan bahawa jawatankuasa Bersih mengumumkan bahawa perarakan Bersih akan turut diadakan serentak pada 9 Julai nanti di 8 bandaraya lain iaitu Seoul (Korea Selatan), Canberra, Melbourne & Sydney (Australia), Osaka (Jepun) serta Los Angeles, San Francisco dan New York (US).

Kenyataan itu mengatakan yang perhimpunan serentak itu diadakan atas inisiatif rakyat Malaysia yang tinggal di bandaraya berkenaan yang menyokong tuntutan yang terkandung di dalam memorandum Bersih 2.

Pada pendapat kawan, dah makin terang lagi bersuluh motif si Ambiga ni buat Bersih 2. Nakkan nama dia glamor satu dunia, jadi nanti senanglah digunakan oleh puak Barat yang berkepentingan untuk menumbangkan kerajaan zalim BN yang ada sekarang.

Kawan nak cabar si Ambiga ni, kalau betul-betul serius nak memburukkan Malaysia di mata dunia, tolong buat demonstrasi Bersih di SEMUA ibunegara dunia serentak pada 9 Julai nanti. Setakat buat kat 8 bandar saja, apa kelas!!! Kawan nak tengok, berapa bilion orang yang akan keluar sokong Bersih 2 di merata dunia.

Kalau setakat buat perhimpunan nak glamor dan dihadiri oleh 5-6 orang, pergi jalan dah!!! Bagi penganjur Bersih kat 8 bandar tu, kalau Malaysia ni dah korup sangat, apalagi, dipersilakan dengan senang hati, GUGURKAN KERAKYATAN MALAYSIA anda. Jadilah warganegara mana-mana negara ideal yang anda impikan. Jangan kacau kami warga Malaysia yang duduk di bawah tempurung ini. Anda tidak diperlukan di negara kami....
            

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...