ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 23 Jun 2011

TAKUTNYA!!! SEJUTA AHLI PAS AKAN TURUN UNTUK BERSIH 2

Presiden Pas, Hj Hadi Awang telah mengarahkan semua sejuta ahli Pas seluruh negara untuk hadir ke perarakan Bersih 2 pada 9 Julai nanti.

Fuh, naik kecut perut kawan sekejap dibuatnya. Pas bawak 1 juta, PKR bawak setengah juta, DAP pulak mungkin bawak dekat 1 juta, dah ada lebih 2 juta orang yang akan membanjiri jalan-jalan utama KL pada 9 Julai nanti. Itu belum lagi termasuk yang dibawa oleh Perkasa dan Pemuda Umno.

Kalau begini, bukan setakat masuk "Malaysia Book of Records", kena panggil wakil "Guiness Book of Record" pulak untuk mengisytiharkan Malaysia mencatat satu rekod dunia dalam satu perarakan menuntut pilihanraya bersih.

Mesti pening kepala PDRM nak kawal lebih 2 juta umat manusia nanti. Terpaksalah juga PDRM mintak tolong dengan ATM pulak. Kalau ATM pulak datang tolong siap bawak kereta kebal dan kereta perisai, KL akan bertukar jadi macam medan perang la pulak nanti. Maka tercapailah hajat Anwar Ibrahim nak sebarkan kepada dunia kononnya perjuangannya dapat sokongan rakyat kebanyakan dan negara ini berada dalam keadaan huru-hara. Sekejap saja nanti CNN dan media Barat akan "spin"kan KL dah tak selamat untuk dikunjungi.

Apapun, kawan harap, Hj Hadi jangan cakap besar dan takbur kononnya semua sejuta ahli Pas akan turun nanti. Penganut Pas ni pun manusia biasa, yang ada keluarga untuk ditanggung dan disuap. Bukan semua sejuta penganut Pas tu hidup senang-lenang macam Hj Hadi dan pemimpin Pas yang lain yang boleh tinggalkan urusan mencari rezeki sesuka hati bagi menyertai perhimpunan politik. Agenda ekonomi keluarga penganut bawahan Pas rasanya lebih penting dari menyertai rombongan berarak tak tentu hala di KL di bawah pimpinan peguam juara murtad itu.

Jangan nanti Hj Hadi dapat malu besar bila yang berhimpun nanti tak sampai pun 10% atau 100,000 orang dari sejuta yang dihajatkan Hj Hadi tu... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...