ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 24 Jun 2011

KHALID SAMAD : KALAU KECUT, CAKAP KECUT LA!!!

Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad memutuskan untuk menarik diri dari misi kemanusiaan ke Gaza dengan mendakwa Umno cuba memonopoli misi itu.

Pada kawan, kan senang kalau Khalid Samad ni mengaku yang dia kecut perut nak ke Gaza. Takut kena dera dengan Israel nanti. Tak perlulah nak berselindung di sebalik alasan politik.   

Inikan misi kemanusiaan. Tak kiralah anjuran siapa pun, kalau betul-betul ikhlas nak membantu rakyat Gaza, pergi sajalah. Ini tidak, nak sertai misi Gaza cuma untuk nak dapat nama. Kalau tumpang misi yang turut sama disertai Umno, nanti takut nama dia dan Pas tenggelam.

Nampak sangat la agenda Pas sekarang ni, buat kerja apa pun, untuk dapat publisiti. Bukannya ikhlas sangat pun nak membantu rakyat. Serupa juga dengan kes runtuhan tanah yang menimpa rumah anak yatim di Hulu Langat bulan lepas. Siap ahli parlimen Pas tu adakan sidang akhbar lagi kerana kesal media tak menyebut yang ahli Pas antara yang terawal sampai menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian.

Kalau beginilah keadaannya, negara kebajikan yang dicadangkan oleh Hj Hadi semasa merasmikan muktamar Pas yang baru lepas, bakal menjadi satu lagi retorik Pas untuk mendapatkan publisiti. Buat kebajikannya nanti sikit saja, tapi publisiti yang dilebih-lebihkan. 

Kepada Khalid Samad, tak usahlah nak bagi pelbagai alasan. Kan senang kalau mengaku saja, aku tak jadi pergi Gaza pasal nanti, aku tak dapat nama. Habis cerita.... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...