ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 7 Mac 2013

ALAHAI, KESIANNYA DENGAN SETAN BAHALOL SIRAM NI....

Kawan tiba-tiba rasa hiba bila membaca keluhan "Sultan Sulu", Jamalul Kiram III mengatakan yang dia adalah sultan termiskin dalam dunia. Dia juga dikhabarkan menderita sakit buah pinggang dan jantung.

(Sumber : Free Malaysia Today, 07/03/2013) 
Dah tahu "kesultanan" dia tu miskin, bangunkanlah rakyat dan kawasan dia. Dah tu, yang sibuk nak pergi kacau Sabah kenapa? Dan kalau betul Setan Bahalol Siram ni miskin, mana pulak datangnya duit untuk beli senjata yang digunakan pengikutnya yang menceroboh Sabah tu? Siapa yang taja? 

Kenyataan Setan Bahalol Siram ni cuma menambahkan lagi keinginan rakyat Malaysia untuk mengetahui siapakah dalang yang membiayai aktiviti pencerobohan pengikutnya itu? Mungkinkah CIA? Mungkinkah juga MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari (yang cuba didakwahkan oleh Anwar Ibrahim) ataupun dari kalangan rakyat Malaysia sendiri?

Patutlah beria-ia benar nak tuntut Sabah seperti yang kawan sentuh dalam artikel "LAHAD DATU : TIAN CHUA DAN ANWAR DOBOGELKAN OLEH FMT...", Motif utamanya adalah untuk mengugut kerajaan Malaysia untuk membayar pajakan yang lebih tinggi, supaya wang itu boleh digunakan oleh kesultanannya. Kawan nak beritahu pada Setan Bahalol Siram ni, jangan mimpi Malaysia akan bayar lebih dari yang termaktub ataupun nak ambil Sabah dari Malaysia. Sabah adalah adik-beradik kami, dan kami tidak akan sama sekali membiarkan saudara kami disakiti. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...