ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 6 April 2013

ALAHAI NASIB.... SEDIHNYA!!!!

Entahlah. Rasa hiba pun ada. Rasa sayu pun ada. Tak sangka pulak, sampai begini jadinya. Dulu, dialah yang ditatang untuk diletakkan di singgahsana kuasa. Tapi bila waktunya semakin hampir tiba, singgahsana yang pernah diimpikannya, nampak semakin jauh dari jangkauannya. Kenapalah nasibnya jadi begini? Apakah salah, apakah dosa hingga dia diperlakukan sebegini? Susah sangat ke untuk dia dihargai?
Sumber : FMT 05/04/2013
Korang tak sedih ke baca kiasan bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng berhubung kedudukannya? Katanya, "Saya ada rumah sebelum ini, di Gelang Patah. Tapi, saya kemudiannya diarahkan keluar dari rumah saya. Sejak itu, mereka cuba mencarikan rumah baru untuk saya. Pelbagai kawasan dinamakan, sesetengahnya milik DAP.  Tapi hingga kini, tiada pintu dibukakan untuk saya".   

Tak patut betul Jui Meng diperlakukan sebegini. Selepas dilantik mengetuai parti keldai Johor, namanya pernah disebut-sebut sebagai bakal MB Johor yang baru jika pakatan haram menang di negeri selatan semenanjung ni. Bagaimanapun, desas-desus tu mula senyap bila dikhabarkan naib presiden parti terlebih Islam, Salehudin Ayub bakal balik kampung ke Johor dari kawasan merempatnya sebelum ni di Kubang Kerian, Kelantan.

Itu tak apalah, Jui Meng kemudian mengintai untuk bertanding di Gelang Patah. Ini kerana, secara tradisinya, kerusi parlimen ini ditandingi oleh calon PKR sejak 2 PRU yang lalu. Bagaimanapun, rupa-rupanya kerusi yang sama turut diintai oleh parti kaum mata sepet, DAP. Akhirnya, pertelagahan pun meletus antara Jui Meng dengan ketua DAP Johor, Boo Cheng Hau sebelum kedua-duanya disenyapkan oleh arahan dari peringkat atasan.

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, Jui Meng dikhianati oleh pemimpin anugerah Tuhan parti keldainya sendiri apabila mengumumkan si tua sepet DAP, Lim Kit Siang bakal bertanding di kerusi parlimen berkenaan dalam PRU13 nanti. Bagaikan memprotes dalam senyap, Jui Meng bertindak menyepikan diri dengan tidak menghadiri sebarang majlis rasmi PR sejak pengumuman Anwar itu.
Pengasingannya berakhir semalam apabila dia keluar dari "pertapaan"nya dan menyatakan sokongan terbuka kepada Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah. Bagaimanapun, apa yang terbuku di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu. Apatah lagi ditambah dengan kenyataan Azmin Ali bahawa tempat untuk Jui Meng bertanding masih lagi dalam rundingan. Manakala Jui Meng pula berkata, parti keldai diperuntukkan 12 kerusi parlimen di Johor dengan 11 daripadanya telahpun diisi. Bermakna, cuma ada satu tempat sahaja yang masih kosong dan belum tentu Jui Meng "berkenan" untuk bertanding di tempat berkenaan. Kerana itulah agaknya, si Azmin belum habis-habis lagi berunding untuk mencari kawasan mana yang Jui Meng layak diturunkan bertanding.

Itulah rupanya bila menyertai parti keldai ni. Kedudukan sebagai ketua negeri pun belum tentu menjamin tempat dalam pilihanraya. Padahal, beberapa nama yang baru saja menyertai parti keldai terutamanya beberapa orang jeneral pencen, terus diletakkan sebagai calon. Orang yang bekerja kuat memperkukuhkan struktur parti samada di peringkat ranting, cabang atau negeri, dipinggirkan. Mungkinkah Jui Meng menyesal meninggalkan MCA dan BN dulu? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...



              

1 ulasan:

  1. letak lim kit siang pun, pakatan rkyt tetap mng jgk...
    nmpk sgt niat tu nak melaga2kan org dlm pkr...
    terang lg bersuluh sgt tu encik...
    padahal itu perkara biasa sj...
    mcm mn cerita dgn kamilia dr umno pulak yg x mndpt tmpt peletakan kerusi???kehkehkeh~

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...