ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

BOSAN!!! BALIK-BALIK SAH ASLI...

PDRM semalam mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang telah disahkan sebagai rakaman asli oleh pakar dari Amerika Syarikat. Seingat kawan, ini dah kali ketiga, pengesahan keaslian rakaman video tu dilakukan oleh pihak polis.


Kali pertama, Yusry KRU dipanggil polis untuk membuat penilaian mengenai keaslian rakaman itu. Yusry telahpun buat kenyataan, video tu memang asli. Kedua, rakaman itu dihantar pula ke Korea Selatan. Disahkan asli jugak. Dan kali ketiga, di Amerika pulak. Pun asli jugak.

Rakyat sekarang memang menunggu pengesahan PDRM  berkaitan rakaman itu, tapi bukannya pengesahan ketulenan rakaman berkenaan, sebaliknya, pengesahan siapakah "hero" yang beraksi dalam video berkenaan.

Ini penting kerana, orang yang didakwa hero berkenaan sampai sekarang tidak mahu mengaku bahawa dialah "hero" yang begitu hebat beraksi di dalam rakaman berkenaan. Dahlah tak nak mengaku, disuruh membersihkan namanya dari dituduh menjadi "hero" pun, tak mau juga.

Kemudian, buat pulak roadshow seluruh negara kononnya BN berkonspirasi nak jatuhkan dia. Tabur fitnah sana-sini dakwa PM Najib dan kerajaan BN begitu-begini. Rakyat dah semakin muak dengan pelbagai dakwaan, tapi bila diminta bukti, satu harampun tak diberikan.
Puak-puak sebelah sana dalam sibuk menafikan ketua agung mereka berlakon dalam video tu, sibuk pulak mintak Datuk  T didakwa kerana tayang video lucah. Kawan takde masalah dengan mendakwa Datuk T, tapi takkanlah cukup dakwa Datuk T saja?

Habis, hero tu pulak? Tak salah ke dari segi agama Islam, berzina sedangkan hero tu ada isteri? Sebab itulah kita nak polis sahkan siapa hero tu. Senang untuk rakyat jatuhkan "hukuman" kepada si hero yang entah berapa puluhan (mungkin ratusan) kali menipu rakyat dengan pelbagai dakwaan palsu?

Kawan minta sangat jasa baik PDRM supaya dedahkanlah siapa hero tu sebab kawan tak mahu, kerana seorang manusia, rakyat dan negara menjadi berpecah-belah dan porak-peranda. Banyak agenda lain yang boleh dilakukan untuk memakmurkan negara selain dari melayan kerenah seorang manusia ni. Tolonglah...... 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...