ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

LA!!! AWAT TAK HABAQ MAI???

Tembelang kerajaan Pas Kedah yang berkeras tak nak bagi UUM teruskan rebat cukai tanah yang dinikmati selama ini dah pecah. Rupa-rupanya, kerajaan negeri mengharapkan bayaran cukai tanah tahunan RM1.7 juta tu untuk menampung perbelanjaan negeri. Datuk Seri Azizan sendiri mengakui kerajaan kekurangan hasil.
Petugas Mahkamah Tinggi Alor Setar menyita pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, semalam. – gambar utusan malaysia



Agaknya sebab tu la, pintu besar Majlis Bandaraya Alor Setar kena sita sebab tak melunaskan pembayaran RM700,000 kepada kontraktor yang memasang peralatan penjimatan elektrik pada tiang lampu di sekitar negeri itu. Alasan bahawa terdapat pelanggaran kontrak oleh syarikat peralatan tersebut nyata alasan dangkal. Jika ada pelanggaran kontrak, takkan Mahkamah Tinggi buat keputusan menyebelahi syarikat berkenaan?

Kalau ya pun kerajaan kekurangan hasil, takkanlah nak pulun sebuah universiti yang dah banyak berjasa kepada pembangunan insaniah dan ekonomi negeri Kedah. Takkan langsung tak ada anak-anak Kedah sendiri yang belajar kat UUM tu? Takkan lah sebab kerajaan kurang hasil, pelajaran anak-anak negeri sendiri nanti terjejas sebab peruntukan UUM terpaksa dikurangkan untuk bayar cukai tanah?  

Tu la, masa jadi pembangkang dulu, apa yang kerajaan BN buat, bangkang. Tak tau apa-apa cerita di sebalik sesuatu tindakan kerajaan, bangkang. Lepas tu, buat roadshow kata kerajaan BN zalim, tak mahir urus ekonomi, rasuah, kroni dan pelbagai lagi.

La ni, bila dah dapat kuasa, dah jadi kerajaan, baru la tau susah-senang nak menguruskan sebuah negeri. Baru la tau, camna ligatnya kepala MB dan Exco negeri nak cari sumber kewangan untuk membangun dan memajukan negeri. Baru sekarang ni tau langit tu tinggi ke rendah.

Nak menguruskan negeri bukan semudah bercakap dan membangkang aje. Banyak perkara perlu difikirkan. Kena cari pelbagai sumber hasil untuk menampung perbelanjaan negeri. Bukan bergantung pada sumber sedia ada saja.

Pas Kedah punya pakar ekonomi yang cukup handal, Mahfuz Omar. Mahfuz ni, kalau part balun kerajaan pusat, memang terer. Apa kata Mahfuz guna "ketereran" (ada ke perkataan ni?) dia untuk bantu MB Azizan? Baru la orang respek, tau bercakap dan tau buat. Bukan jadi tin kosong aje!

Dalam part ni, apa salahnya kalau Azizan belajar dari Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam? Berbanding dengan Kedah, Melaka adalah sebuah negeri yang kecil dan tiada hasil bumi seperti Kedah. Tapi pembangunan di Melaka, cukup rancak berjalan. Projek yang dilaksanakan kerajaan negeri, semuanya lancar. Rakyat Melaka pun dapat tumpang hasilnya. Pendapatan rakyat dapat ditingkatkan malahan, rakyat negeri lain pun dapat datang tumpang sama cari rezeki di Melaka. Tak nak ke belajar bagaimana Melaka yang aktiviti ekonomi utamanya adalah sektor pelancongan tu, cari duit untuk membangunkan negeri? 

Takde salahnya belajar dari orang lain yang lebih berjaya walaupun pegangan politik berbeza. Bukan ke menuntut ilmu tu diwajibkan dalam Islam. Menuntut ilmu bukan bermakna masuk keluar universiti saja. Banyak lagi cara untuk belajar termasuklah mengkaji kisah kejayaan orang lain. Orang tua-tua ada berpesan, "malu bertanya, sesat jalan". Kalau kerajaan dah sesat jalan, yang jadi mangsanya siapa? Rakyat Kedah jugak yang susah.....       

      

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...