ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 11 Mei 2011

PENAMAT EPISOD KEMATIAN TEOH BENG HOCK SEMAKIN HAMPIR




Suruhanjaya Diraja Penyiasatan Kematian Teoh Beng Hock hari ini mengakhiri prosiding penyiasatannya setelah bersidang sejak 14 Februari 2011 dan memanggil 70 orang saksi untuk direkodkan keterangan mereka. Laporan hasil siasatan suruhanjaya ini akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong pada 24 Jun ini.


Hari terakhir prosiding hari ini menjadi medan bagi 3 orang pakar psikiatri membuat pembentangan laporan kepada suruhanjaya akan kedudukan psikologi Teoh Beng Hock pada hari kematiannya.

Dr Paul Mullen, Profesor Forensik Psikiatri di Universiti Monarsh, Australia menyifatkan Teoh sebagai seorang yang berisiko rendah untuk melakukan perbuatan bunuh diri. Beliau menolak kemungkinan yang Teoh membunuh diri kerana beliau adalah seorang saksi dan bukannya tertuduh dalam siasatan SPRM. Menurut pengalamannya, belum ada kes di mana seorang saksi siasatan kes rasuah membunuh diri akibat tertekan.


Bagaimanapun, pendapat beliau disangkal oleh dua orang pakar psikiatri tempatan, Dr Bada'iah Yahya yang bertugas di Hospital Permai, Johor dan Dr Nor Hayati dari Hospital Selayang. Kedua-duanya berpendapat, psikologi Teoh berada dalam keadaan tidak menentu apabila pegawai SPRM menyerbu pejabatnya.

Selain itu, Teoh juga membuat 27 panggilan dan sms keluar pada petang sebelum waktu kejadian. Itu menunjukkan yang Teoh berada dalam keadaan tertekan dan terdesak serta perwatakannya bertukar semasa berada di pejabat SPRM.


Kawan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli-ahli suruhanjaya siasatan diraja ini yang diketuai oleh pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang telah bekerja keras selama 3 bulan dalam mengendalikan siasatan kes ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Pelbagai cerita yang sebelum ini tidak diketahui baik dari pihak SPRM mahupun pihak yang disiasat telah melondehkan tembelang masing-masing.


Kawan juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada peguam SPRM, Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang berjaya membongkarkan sisi buruk doktor pakar jambul balung yang diimpot oleh kerajaan Selangor. Rupanya, di negaranya sendiri, dia menghadapi tuduhan memalsukan keterangan bedah siasat satu kes kematian di sana. Pendedahan ini memberikan tamparan amat hebat kepada kerajaan Selangor yang bermati-matian ingin mendapatkan khidmat si Pornthip ini.


Selain itu, keterangan kontraktor Lee Wye Wing juga membongkarkan konsep CAT yang diperjuangkan DAP selama ini rupanya cuma slogan semata-mata. Penyalahgunaan kuasa yang selama ini sinonim digunakan ke atas kerajaan BN, rupanya berlaku juga dalam DAP. Yang lebih teruk, kontrak kerja kelas F pun disapu juga oleh puak DAP ini.


DAP juga telah lama mendahului suruhanjaya siasatan ini apabila menuntut SPRM supaya mengambil tangunggjawab penuh atas kematian Beng Hock (klik sini). Pada kawan, DAP harus dikenakan tindakan undang-undang kerana nampak mereka lebih mengetahui tentang semua aspek kejadian sedangkan prosiding siasatan masih berjalan. 


Pada kawan, gesaan Lim Kit Siang itu, tidak lain cuma untuk menutup kesalahan mereka berikutan pendedahan yang tidak diduga sama-sekali oleh DAP telah meruntuhkan tembok keegoan mereka yang mencanang merekalah yang terbersih dan terbaik untuk mengambil-alih pemerintahan negara.


Kawan rasa, masa seolah terlalu lambat berlalu untuk semua rakyat mengetahui apakah peranan DAP dan SPRM dalam kes ini. Sekiranya DAP yang didapati "bersalah" nanti, mahukah mereka memohon maaf dari seluruh rakyat Malaysia atas dakyah yang telah mereka jaja selama ini? Kita sama-sama nantikan kesudahannya....    


     

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...