ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

MCA PUN LEBIH KURANG MACAM DAP JUGAK

Laman web Malaysian Insider hari ini mengeluarkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (klik sini) yang menuduh DAP cuba memecahbelahkan negara ini dan bakal menyebabkan kaum Cina terasing menjadi pakatan pembangkang.


Katanya lagi, sistem 2 parti yang cuba diujudkan DAP kelak akan bertukar menjadi sistem politik antara 2 kaum dengan kaum Cina akan bertindak sebagai pembangkang manakala kaum lain duduk dalam pakatan menyokong kerajaan.

Kawan merasa teramat hairan, baru hari ini Soi Lek terbangun dari tidur, menyedari permainan DAP tidak sihat untuk masa depan negara. Bukankah selama ini, MCA sejak bertukar kepemimpinan dari zaman Ong Tee Keat hinggalah sekarang, adakalanya menjadi lebih DAP dari DAP. Apa yang hendak dihairankan?

Apa yang dikatakan oleh Soi Lek itu tak payah untuk ditunggu untuk berlaku dalam PRU13 kerana ia sudahpun terjadi dalam pilihanraya DUN Sarawak yang baru lepas. DAP menyapu 12 dari 15 kerusi yang ditandingi, majoritinya di kawasan kaum Cina. Disebabkan itu, SUPP yang merupakan komponen BN mewakili kaum Cina cuma mampu menang 6 kerusi sahaja. Dari 6 itu, cuma 2 sahaja yang diwakili kaum Cina.

Kenyataan Soi Lek dan beberapa pemimpin kanan MCA sejak kebelakangan ini menunjukkan dalam banyak insiden, seolah-olah MCA menjadi proksi DAP dalam BN. Tiada lagi semangat muhibbah dengan setiap isu diselesaikan dengan cara perbincangan sesama parti komponen BN. Semuanya galak membuat kenyataan media menunjukkan seolah-olah mereka cuba menjuarai isu berkaitan kaum Cina bagi mengembalikan semula sokongan kaum Cina yang semakin terhakis terhadap MCA.

Pelbagai tuntutan dibuat oleh MCA ke atas kerajaan BN melalui media kerana ingin menunjukkan kepada kaum Cina bahawa MCA "kembali bertaring" selepas sekian lama dilihat menjadi pak turut kepada UMNO yang menjadi tulang belakang BN.


Antara kontroversi yang pernah ditimbulkan oleh MCA yang menyentuh tentang keistimewaan dan hak orang Melayu ialah mengenai "ketuanan Melayu", pembahagian semula kek ekonomi,  soal biasiswa, peruntukan membina masjid dan surau yang besar serta kononnya mereka hanya menjadi "small brother" yang seolah-olah dibuli oleh "big brother" yang disifatkan sebagai UMNO.

Malahan, telah ada ura-ura yang MCA dan Gerakan sendiri akan keluar dari pakatan BN sekiranya undi kaum Cina tidak kembali kepada mereka. Dalam ertikata lain, maknanya, mereka juga akan menyertai DAP dalam pakatan pembangkang sekiranya MCA dan Gerakan gagal menang banyak kerusi samada di peringkat Parlimen mahupun negeri.

Soi Lek sepatutnya lebih banyak bekerja dari banyak bercakap untuk meyakinkan kaum Cina untuk kembali menyokong BN dengan membentangkan apakah yang telah BN lakukan untuk mereka, bukannya turut sama menyalak seperti DAP menuntut itu dan ini.

Dan kawan tidak akan terperanjat sekiranya apa yang dikatakan Soi Lek itu terjadi selepas PRU13 nanti kerana sudah ada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu. Apakah Melayu akan beruntung sekiranya itu yang terjadi? Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...