ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

DAP MEMERLUKAN ANDA...

DAP telah melancarkan laman Facebook berbahasa Melayu, yang mewar-warkan pelancaran laman web DAP berbahasa Melayu, Roketkini pada Isnin, 23/05/2011; dengan tujuan untuk menarik minat kaum Melayu untuk lebih memahami perjuangan mereka dan seterusnya merekrut lebih ramai orang Melayu menjadi ahli mereka.

Laman web ini bertujuan untuk mengikis pandangan masyarakat Melayu bahawa DAP adalah parti chauvinis Cina dengan menjadikan golongan muda Melayu baik di bandar mahupun luar bandar sebagai kelompok sasaran utama mereka.


Nampak gayanya, blogger pro BN mempunyai tugas tambahan selepas ini. DAP akan bekerja keras untuk membohongi dan meracuni fikiran orang Melayu. Oleh itu, para blogger harus memastikan orang Melayu sentiasa diperingatkan tentang agenda tersembunyi DAP untuk merampas kuasa pemerintahan seperti yang terjadi di Pulau Pinang dan Selangor sekarang serta di Perak dulu.

DAP kini sedar, mereka tidak boleh selamanya bergantung kepada undi kaum Cina semata-mata. Walaupun mempunyai rakan Melayu dalam PR iaitu PKR dan Pas, DAP tidak lagi boleh berharap kedua-dua parti ini dapat menyumbang kepada peningkatan undi orang Melayu. Ini kerana, kedua-dua parti itu mempunyai masalahnya tersendiri.

Pas semakin ditolak oleh orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP dan sering mengeluarkan "fatwa" pelik yang mengelirukan umat Islam. Manakala PKR pula tidak habis-habis dilanda kemelut terutamanya kes liwat & seksual Anwar Ibrahim serta berhadapan pula dengan kemungkinan diharamkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros).

Walau apapun, inilah masanya untuk kita para blogger membongkar dan melondehkan kepada orang Melayu, apakah wajah DAP yang sebenar. Semoga perjuangan rakan-rakan blogger  mendapat kekuatan dari Allah S.W.T untuk kita terus beristiqamah bagi membela kepentingan agama, bangsa dan negara.     

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...