ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

MAT SABU TAK BERSIH-BERSIH LAGI?

Calon Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mengumumkan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) akan menganjurkan Perhimpunan Bersih 2 pada jam 2 petang, 9 Julai nanti. Tujuan penganjuran perhimpunan kali kedua ini adalah sama juga seperti yang pertama, untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.
Bersih juga bakal mengemukakan 2 tuntutan baru  iaitu membantah penyalahgunaan institusi kerajaan dan melanjutkan masa berkempen.


Jangan beritau kawan yang kerajaan Pas Kelantan dan PKR di Selangor tidak menggunakan institusi kerajaan dalam setiap pilihanraya kecil mahupun umum selama ini. Rekod menyaksikan ketika musim pilihanraya, ketika itulah puak-puak PR ini sibuk mengedarkan geran tanah kepada pengundi di kawasan pilihanraya berkenaan. Siapa yang keluarkan geran tanah itu kalau bukan Pejabat Tanah? Jangan beritau Pejabat Tanah Negeri itu bukan institusi kerajaan negeri!!!

Tentang melanjutkan masa berkempen sehingga meminta 2 bulan seperti di Thailand, ingat kerajaan dan rakyat dah tak ada kerja lain? Asyik nak dengar kempen politik dan dakyah pembohongan PR saja. Banyak lagi agenda lain yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan rakyat, bukannya asyik mendengar kutukan, caci-maki dan carut-marut Mat Sabu dan kroni PRnya. 

Sekali lagi kawan berpendapat, kempen Bersih ini adalah mengarut dan membazir masa, wang dan tenaga. Apa tidaknya, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dibelasah kononnya menjadi alat BN untuk kekal berkuasa. Apa juga yang dibuat oleh SPR adalah untuk membantu BN. Persempadanan semula kawasan pilihanraya, pendaftaran pengundi baru, perpindahan kawasan mengundi, penggunaan dakwat kekal, undi pos semuanya didakwa untuk membantu BN.

Kalau betul semua yang dibuat SPR adalah untuk membantu BN, bagaimana Pas boleh berkuasa di Kelantan selama 22 tahun sejak 1990? Kenapa tak dianjurkan perhimpunan Bersih di Kota Bharu menuntut kemenangan Pas di Kelantan dalam 5 pilihanraya umum itu diumumkan tidak bersih dan penuh dengan skandal serta penipuan undi?

Kenapa juga bila PR merampas kuasa di 4 buah negeri; Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta menguasai hampir semua kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam PRU12 pada 2008, SPR tak pula dibelasah sebagai tidak adil dan menyebelahi BN?

Kawan berpendapat, SPR hanya akan diisytiharkan bersih oleh Bersih apabila PR menguasai semua negeri dan menang majoriti di Parlimen. Pada ketika itu, SPR akan diisytiharkan lebih bersih dari kain putih. 

Nampak sangat, PR ini mempunyai mentaliti kiasu. Kalau sesuatu perkara tak menyebelahi atau menguntungkan mereka, semua orang akan dipalitkan kononnya bersekongkol dan berkonspirasi untuk menjatuhkan mereka ataupun menyekat mereka dari berkuasa.

Tapi, bila mereka menang, terus senyap-sunyi. Satu kutukan pun kepada SPR tak kedengaran. Ini semua mentaliti golongan yang sakit jiwa. Tak perlu dipedulikan permintaan golongan seperti ini.

Kawan juga ingin menuntut, jika Bersih boleh turun membuat himpunan jalanan, kenapa tidak BN dan NGO pro BN juga menganjurkan himpunan yang sama pada tarikh dan masa yang sama seperti yang sepatutnya berlaku semalam ketika AMK merancang mengadakan demo membantah Utusan Malaysia di hadapan ibupejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin. Kita tengok, himpunan sebelah mana yang lebih ramai penyokongnya. Dan kita tengok samada Bersih berani mempertahankan telurnya berbanding AMK yang cabut lari apabila mendengar Perkasa dan Pemuda UMNO turut turun untuk berdepan dengan mereka.

Kepada SPR, kawan yakin SPR selama ini telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan cemerlang. Teruskan tugas anda wahai SPR. Tidak salah menerima pendapat orang lain untuk penambahbaikan tetapi permintaan dari pihak yang gila... harus dibakulsampahkan saja....

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...