ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 15 April 2013

PAKATAN YANG TAK SEPAKAT

Bagus, bagus... Makin lama makin banyak pulak... Tapi, kalau lebih banyak, lebih bagus... Masalahnya, apa yang bagus sangat tu?
 
Sumber : Malaysian Insider 15/04/2013
Sumber : FMT 15/04/2013
Sumber : FMT 15/04/2013
Sumber : Sinar Harian 09/04/2013
Sumber : Sinar Harian 11/04/2013

Kawan nak tanya korang, begini ke namanya berpakat? Jawabnya, diorang ni memang berpakat, bukan berpakat nak bersatu, tapi berpakat nak BEREBUT KUASA. Three stooges DAP, PAS dan PKR ni, masing-masing terlalu besar egonya. Semua kalau boleh nak tunjuk calon dia yang layak bertanding dan kalau boleh nak bolot seberapa banyak kerusi yang boleh, walaupun menangnya belum tentu. 

Itu belum masuk cerita kat Sabah lagi tu. Lagi pening sebab semua nak tumbangkan kerajaan BN. PRU13 makin meriah nanti kerana selain three stooges di atas tu, ada lagi parti-parti tempatan yang akan meletakkan calon mereka bertanding di seluruh Sabah seperti SAPP pimpinan Yong Teck Lee dan STAR yang diketuai Jeffery Kitingan. Nak tambah perisa lagi, ada pulak APS pimpinan Wilfried Bumburing dan PPPS milik Lajim Ukin yang baru pertama kali menyertai PRU dan menjangkakan PR akan memberi muka kepada mereka untuk meletakkan calon di kawasan yang diidamkan mereka. Jika kehendak mereka ini tidak dipatuhi oleh Anwar dan konconya, tidak mustahil mereka akan mengambil inisiatif sendiri. Politik Sabah memang unik dan sebarang perubahan boleh berlaku tanpa diduga.

Kawan nak ucapkan tahniah kepada mereka yang nak menentang BN ni. Kawan kagum dengan semangat mereka yang berkobar-kobar nak menumbangkan kerajaan BN ni. Kawan mengalu-alukan mereka yang berhasrat masuk bertanding dan mengalahkan calon BN. Lebih ramai, lebih bagus....

Sebab, bila makin meriah dan makin ramai yang bertanding untuk menentsng calon BN, akan berlakulah perpecahan undi di kalangan pembangkang dan merupakan satu keuntungan buat calon BN. Pengundi juga mungkin menjadi bosan kerana terlalu ramai pembangkang yang bertanding di sesuatu kawasan yang menampakkan ketiadaan kesepakatan antara mereka. Akhirnya, pengundi yang dah pening akan memilih calon BN dan tak mustahil calon BN akan menang dengan majoriti selesa.

Nasihat kawan kepada pembangkang ni, gaduhlah puas-puas....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...