ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 22 Mei 2011

SENANGNYA JADI KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Pertama sekali, kawan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah, Madrasah At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat semalam. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh semua mangsa yang meninggal dunia dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan di kalangan roh para solihin.

Kelewatan kawan membuat catatan mengenai tragedi ini bukannya bermakna kawan tidak prihatin dengan apa yang terjadi, sebaliknya, kawan memerhati dan menganalisa dari jauh, tindakbalas pihak yang berkaitan.

Berdasarkan laporan yang diterima dan diterbitkan, bantuan awal yang dihantar adalah menerusi agensi kerajaan pusat seperti polis, bomba, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). Begitu juga dengan senarai pemimpin yang hadir melawat ke tempat kejadian, kebanyakannya adalah pemimpin pusat dan pemimpin BN tempatan. Pemimpin kerajaan PR yang paling awal kelihatan ialah Datuk Dr Hasan Ali dan ada juga laporan blogger mengatakan ternampak Elizabeth Wong pun hadir sama menyaksikan operasi mencari dan menyelamat dijalankan.        

Kawasan kejadian terletak di dalam negeri Selangor. Hairannya, mengapa barisan Exco Selangor yang lain tak nampak batang hidung atau sekurang-kurangnya keluarkan kenyataan bersimpati dengan keluarga mangsa. Menteri Besarnya pula yang khabarnya berada di San Francisco hanya mengeluarkan kenyataan melalui Setiausaha Politiknya, Faekah Hussin.

Perdana Menteri dan isteri yang dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat sanggup memendekkan lawatannya dan membatalkan persinggahan ke Jepun bagi membolehkan mereka pulang lebih awal untuk bersama dengan keluarga mangsa. PM yang belumpun sampai ke tanahair telahpun mengumumkan yang kerajaan pusat akan membantu membina semula rumah anak yatim berkenaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin yang turut sama berada di tempat kejadian telah mengumumkan bantuan segera sebanyak RM10,000 kepada keluarga setiap mangsa. 

Disebabkan PM sudah berjanji untuk membina semula rumah anak yatim berkenaan, kawan tunggu juga pengumuman Khalid Ibrahim untuk memberikan tanah bagi tujuan berkenaan. Sampai tengahari ni, belum ada lagi kenyataan Khalid berhubung pemberian tanah itu. Yang ada cumalah bantuan RM1,000 kepada keluarga mangsa yang diumumkannya semalam. Kenapa lambat sangat untuk kerajaan negeri bertindak?

Yang lebih mengharukan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Wira Ali Rustam turut sama berada di tempat kejadian untuk sama-sama berkongsi kedukaan atas tragedi malang ini. Bayangkan, Ali yang tiada kena-mengena dengan kejadian di Selangor itu boleh berada di lokasi kejadian, mana perginya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali? Bukankah kejadian itu berlaku di negerinya? Mana pula perginya Exco Cina dan India dari PKR dan DAP Selangor? Semuanya sibuk memukul canang kononnya bakal menjadikan negeri yang diperintah PR sebagai negeri kebajikan. Bila berlaku tragedi, semuanya cabut lari.

Mana juga perginya Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang. Lim Guan Eng dan Tony Pua serta Ronnie Liu? Katanya, hendak membentuk masyarakat Malaysian Malaysia. Bila tragedi menimpa umat Islam, tak pulak berbondong-bondong mereka datang ke tempat kejadian menzahirkan simpati. 

Agaknya kalau yang terlibat itu kaum Cina, cepat saja mereka ni sampai. Nizar Jamaludin pun sampaikan sanggup menundukkan kepala memperingati kematian Teo Beng Hock walaupun dia yang berasal dari Perak tak ada kena mengena dengan kejadian yang berlaku di Selangor. Mana perginya Nizar yang tak nampak pun batang hidungnya semalam?

Itulah rupanya bila PR menjadi kerajaan di peringkat negeri. Bila ada kesusahan, mereka lepas tangan. Kerajaan Kelantan, nak bina jambatan, jalanraya, masjid; semuanya tunggu kerajaan pusat. Kerajaan Kedah, bila banjir, bantuan agensi kerajaan pusat dah lama tiba, barulah mereka nak bergerak. Kerajaan Pulau Pinang yang tak tahu malu, mengaku membawa masuk pelaburan asing berjumlah berbilion RM sedangkan semuanya atas usaha MITI dan kini Kerajaan Selangor pula.

Kalau begitu senang, semua kesusahan ditimpakan kepada kerajaan pusat untuk ditanggung, sedangkan mereka duduk di peringkat negeri asyik sibuk berpolitik, tak payahlah letak seorang tokoh korporat jadi MB. Tak payahlah sibuk dengan slogan CAT, kononnya untuk menjadi kerajaan yang telus dan bertanggungjawab. 

Tragedi tanah runtuh di Felcra Semungkis ini sepatutnya memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menilai, siapakah yang lebih prihatin terhadap kebajikan rakyat. Kerajaan BN atau kerajaan PR? PR hanya tahu mengambil kesempatan atas isu seperti kenaikan harga minyak dan barang untuk mempopularkan pakatan mereka sedangkan, kedukaan sebenar rakyat, tidak sedikitpun dipedulikan mereka.

Masihkah anda ingin menaruh harapan kepada kerajaan yang sebegini? Pilihan di tangan anda. Tepuk hati, tanyalah minda... Kepada siapa undi anda akan diberi????  

2 ulasan:

  1. PR???
    Puak Rosak...
    X pernah nampak kat mana gunanya diorg nih!

    BalasPadam
  2. bro, muka diorg x masuk tv3 dan utusan meloya mmg la kau x nmpk..
    org kalau nak tunjuk prihatin mmg sanggup blk awal dr jepun dan pggl media..
    taktik semata2..
    jgn kata kelantan kedah sj tggu duit kerajaan pusat...negeri2 lain pun sm camtu jgk...akal pendek kau nie..
    kalau bab hal undang2 pr nak buat br la kerajaan pusat nak buat kerja kata nak luluskan...sama juga dlm hal nie..
    lg 1 bro, pencawang bangunan umno runtuh, ketua menteri pulau pinang lim guan eng dtg jgk kau x nmpk????????
    bangang abadi org timur bajet cam kau nie....

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...