ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 16 Mei 2011

RAJARETINAM AMAN YANG DUNGU

Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan Osama bin Laden kerana melancarkan seruan perang jihad jika ada cubaan untuk menukar agama rasmi Malaysia kepada Kristian (sumber : Malaysian Insider). Pakatan yang kononnya mewakili 200 NGO itu juga meminta Ibrahim ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan dan merbahaya.


Kawan gelak macam nak pecah perut baca kenyataan dungu ketua Aman ni, A Rajaretinam. Entah mimpi apa dia dapat malam tadi sampai tergamak mempamerkan kedunguan dia di khalayak ramai.

Menyamakan Tok Him dengan Osama memang kerja orang tak betul. Pertamanya, Osama didakwa dalang di sebalik tragedi 911 dan pengikutnya melakukan pengeboman dan serangan bersiri ke atas kepentingan Amerika Syarikat dan sekutunya di seluruh dunia, satu dakwaan yang entah betul ataupun tidak!!! Kawan nak tanya, dah berapa ramai rakyat Malaysia ni yang diarahkan oleh Tok Him untuk dibunuh? tak ada seorang pun!!! Tu la, payah kalau cakap tak gunakan akal ni...

Bandingkan seruan jihad Tok Him dengan apa yang dilakukan Hindraf. Seruan Tok Him tak pun disambut oleh umat Islam di negara ini kerana umat Islam di negara ini masih lagi punya semangat toleransi yang tinggi serta lebih cintakan keamanan dan suka menyelesaikan perbalahan melalui rundingan.

Hindraf pula, mengajak ribuan kaum India keluar ke jalanan,  membuat memorandum yang bukan sahaja dihantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong, malahan turut menghantar memorandum serupa kepada Queen Elizabeth dan kerajaan India memohon perlindungan. Kononnya berlaku pembersihan etnik India di negara ini. Sejak bila pula kerajaan BN sesuka hati membunuh kaum India? Sejak bila pula Perdana Menteri Malaysia ada watak pembunuh seperti Slobodan Milosevic ataupun Radovan Karadzic?

Apa maksud Hindraf buat dakwaan yang sebegitu rupa terhadap kerajaan BN? Tujuannya, supaya kaum India bangkit memberontak menentang kononnya ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap mereka. Bila negara dah huru-hara, senanglah gerombolan Hindraf dan sekutunya mengambil-alih kuasa pemerintahan negara dan berbuat sesuka-hati dengan kuasa yang ada. 

Sekarang, kawan nak si dungu A Rajaretinam ni buat pengumuman, mana yang lebih bahaya, seruan jihad Tok Him Perkasa yang tak bersambut ataupun kempen Hindraf yang menimbulkan huru-hara di ibunegara ketika itu? 

Dan, kawan jugak nak tanya, mana perginya si dungu Rajaretinam ni masa kempen Hindraf itu? Kenapa tak muncul suruh polis tangkap Waythamoorthy dan Uthayakumar? Ataupun si Rajaretinam ni sendiri ada dalam perarakan Hindraf itu?

Kalau kaum lain buat apapun, tak payah ujudkan AMAN? Kalau orang Melayu, baru buka mulut sedikit, dah mintak polis sumbat ikut ISA, Ordinan Darurat, Akta Hasutan dan macam-macam undang-undang lagi. Habis, kalau siasatan polis atas laporan Mohd Razali Abdul Rahman tu betul nanti, si dungu ni nak tak paksa polis tangkap paderi yang buat ikrar tu bersekali dengan si Jeff Ooi tu?

Kawan nak nasihatkan si dungu ni, tak payah nak ajar polis bagaimana nak buat kerja mereka. Dan jangan nak cuba ambil kesempatan cari publisiti murahan dalam isu-isu sensitif begini. Patutnya, si dungu ni jadi air yang memadamkan api yang sedang marak. Ini tidak, dia pulak jadi minyak dan batu ranson yang menambah marakkan lagi api kemarahan rakyat. Ingat pesan orang tua Melayu, "jangan bermain api, nanti terbakar diri".....           

2 ulasan:

  1. Adik Rajaretinam, tak payah la nak campur tangan ye.. kau dah tak kerja lain ke? datang kat i, boleh bg u keja sambilan..

    BalasPadam
  2. rajaretinam ni mmg bodoh.. walaupun negara kita aman..dia pulak nak kacau.. dia mmg dungu antarabangsa...

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...