Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita 3 orang pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pemilik kopitiam jenama Kluang Rail Coffee didakwa di Mahkamah Majistret Kluang kerana menjual kopi yang mengandungi DNA babi di kopitiam berkenaan.
ARTIKEL PANAS!!!
-
Kawan sungguh bersimpati dengan bencana yang menimpa bekas Ketua Menteri negeri kelahiran kawan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiada siapa ...
-
Kawan tak tahu nak cakap apa pasal bekas PM yang sorang ni. Dia menafikan yang dia mengatur pertemuan Ambiga dengan YDP Agong minggu lepas....
-
PR ni selalu mendakwa kononnya dioranglah yang pakar dalam semua benda. Apa saja yang kerajaan buat, semuanya salah. Habis dibalunnya s...
-
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mendakwa polis KL menyemarakkan ketegangan berkaitan Kotor 2 apabila mendapatkan perintah mahkamah bagi ...
-
Tok Guru Nik Aziz ni, kalau kawan tegur dia lebih-lebih, nanti penganut Pas marah-marah. Cakap kita ni tak hormat ulama dan ilmu kita ni bez...
Jumaat, 20 Mei 2011
TELUR AMK GUGUR...
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menunda rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah di hadapan ibupejabat akhbar Utusan Malaysia di Jalan Chan Show Lin, Sg Besi. Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, penundaan itu adalah kerana ianya telah disabotaj oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang merancang demonstrasi pada masa yang sama untuk mempertahankan Utusan Malaysia.
Menurut Rozan lagi, AMK khuatir sekiranya berlaku perkara yang tak diingini apabila berlaku pertembungan di antara kumpulan AMK dan kumpulan Perkasa serta Pemuda UMNO. AMK juga katanya, ingin menumpukan perhatian kepada satu lagi demonstrasi lain membantah projek loji "tanah jarang" Lynas yang dijadualkan berlangsung di KLCC pada petang ini.
TEMBELANG CHAUVINIS CINA TERBONGKAR!!!
Malaysian Insider membuat pengakuan bersiri oleh sebilangan rakyat Malaysia yang berhijrah mencari rezeki di luarnegeri sebagai jawapan kepada kajian Bank Dunia mengenai penghijrahan keluar tenaga kerja professional Malaysia (brain-drain).
Sesudah beberapa kali siri pengakuan ini diterbitkan dengan penyumbangnya adalah berbangsa bukan Melayu, hari ini sampailah giliran seorang Bumiputera untuk meluahkan rasa hatinya berkaitan dengan penghijrahannya. Kalau sebelum ini, rata-ratanya golongan yang berhijrah ini menyalahkan dasar kerajaan BN yang menyebabkan mereka merasakan peluang mereka untuk menjawat jawatan tinggi di Malaysia terhad, hari ini pembaca Malaysian Insider menerima kejutan yang amat besar.
Khamis, 19 Mei 2011
"ANAK SULUNG" RPK & WIKILEAKS!!!
"Perkahwinan" di antara Raja Petra Kamarudin (RPK) dan Wikileaks telahpun melahirkan anak sulung mereka. Kawan memang dah agak, perkahwinan ini akan melahirkan "ramai" anak dalam masa yang singkat. Dan "anak-anak" itu akan melondehkan dan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia.
SALAHUDIN AYUB MEMENG TERER!!!
Kawan dah tak tahan lagi ni... isi perut kawan dah nak terburai keluar, dek terlampau banyak ketawa. Manakan tidak, bacalah kenyataan si Salahudin Ayub kat bawah ni :
Katanya, RoS (Pendaftar Pertubuhan) jangan "double standard" pasal nak mengharamkan sekutu baik Salahudin & Pas, PKR. Apa punya kenyataan la yang si Salahudin ni bagi.
Selasa, 17 Mei 2011
DAP NAK SAHUT SERUAN JIHAD TOK HIM?
DAP hari ini menerusi Lim Guan Eng mengajak semua bukan ahli UMNO dalam BN untuk mengetepikan perbezaan fahaman politik dan bersatu dengan pembangkang untuk melawan musuh bersama mereka, Datuk Ibrahim Ali.
RAJA PETRA BERSATU DENGAN WIKILEAKS
Laman web Malaysia Today menyiarkan laporan yang dipetik dari Harakahdaily mengenai memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.
Isnin, 16 Mei 2011
RAJARETINAM AMAN YANG DUNGU
Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan Osama bin Laden kerana melancarkan seruan perang jihad jika ada cubaan untuk menukar agama rasmi Malaysia kepada Kristian (sumber : Malaysian Insider). Pakatan yang kononnya mewakili 200 NGO itu juga meminta Ibrahim ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan dan merbahaya.
Ahad, 15 Mei 2011
KOH TSU KOON NAK JADI HERO
EGO PAS KELANTAN MASIH TINGGI
Berita Harian Online petang ini mengeluarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mengakui masih memerlukan 6,364 unit rumah kos rendah di seluruh negeri itu termasuk 2,800 unit di Kota Bharu. Nik Aziz mengakui, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan tidak berkemampuan untuk menyediakan rumah mencukupi untuk golongan miskin.
AWANG SELAMAT UTUSAN MANGSA TEKANAN POLITIK?
ANWAR TAK PERNAH ADA KRONI?
Malaysian Insider memetik kenyataan Anwar Ibrahim yang menyifatkan bahawa orang Melayu adalah mangsa taktik momokan yang digunakan oleh media berbahasa Melayu kononnya untuk faedah Bumiputra. Kerana itu, orang Melayu dipengaruhi oleh media berbahasa Melayu yang melemparkan janji-janji palsu kepada mereka.
Anwar juga membelasah kerajaan BN kononnya nikmat kemajuan ekonomi tidak dapat dikecapi bersama oleh rakyat biasa. Dia juga menyentuh tentang cuma sebahagian kecil kaum Bumiputra yang menikmati kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sambil membangkitkan ke mana perginya peruntukan ekuiti untuk Bumiputra sebanyak RM5.4 bilion kalau bukan masuk ke poket syarikat kroni dan ahli keluarga ahli politik.
Sabtu, 14 Mei 2011
BERAPA JUTA RAZALI DIBAYAR BN?
Semalam negara digemparkan dengan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP, Mohd Razali Abdul Rahman yang mendakwa ikrar segolongan paderi Kristian dalam satu majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi untuk menukar agama rasmi Malaysia kepada Kristian adalah benar dan bukannya spekulasi blogger yang mendedahkan isu berkenaan.
SESETENGAH CINA LANGSUNG TAK CAKAP BAHASA MALAYSIA
Malaysian Insider membuat satu kajian mengenai sejauh mana kaum Cina bertutur menggunakan Bahasa Malaysia (BM). Seramai 107 orang responden Cina dewasa yang ditemubual dan 28 orang atau 26.1% hampir langsung tidak menggunakan BM ataupun memahami pertuturan dalam BM.
LA!!! AWAT TAK HABAQ MAI???
Tembelang kerajaan Pas Kedah yang berkeras tak nak bagi UUM teruskan rebat cukai tanah yang dinikmati selama ini dah pecah. Rupa-rupanya, kerajaan negeri mengharapkan bayaran cukai tanah tahunan RM1.7 juta tu untuk menampung perbelanjaan negeri. Datuk Seri Azizan sendiri mengakui kerajaan kekurangan hasil.
| Petugas Mahkamah Tinggi Alor Setar menyita pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, semalam. – gambar utusan malaysia |
BOSAN!!! BALIK-BALIK SAH ASLI...
PDRM semalam mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang telah disahkan sebagai rakaman asli oleh pakar dari Amerika Syarikat. Seingat kawan, ini dah kali ketiga, pengesahan keaslian rakaman video tu dilakukan oleh pihak polis.
MCA PUN LEBIH KURANG MACAM DAP JUGAK
Rabu, 11 Mei 2011
PAS JUARA GULA...
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20 lagi berkuatkuasa 10/05/2011. Dengan ini harga gula pasir naik menjadi RM2.30 sekilogram.
TEOH LEE LAN : MANGSA PERMAINAN POLITIK DAP
PENAMAT EPISOD KEMATIAN TEOH BENG HOCK SEMAKIN HAMPIR
Suruhanjaya Diraja Penyiasatan Kematian Teoh Beng Hock hari ini mengakhiri prosiding penyiasatannya setelah bersidang sejak 14 Februari 2011 dan memanggil 70 orang saksi untuk direkodkan keterangan mereka. Laporan hasil siasatan suruhanjaya ini akan diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong pada 24 Jun ini.
Langgan:
Catatan (Atom)






