ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 31 Mei 2011

IMPIAN SEMPURNA SEORANG PAS...

Seorang pembaca laman web Free Malaysia Today yang dipercayai ahli Pas, Abdul Aziz Anon melalui e-mel yang dikirimkannya, menggesa kepemimpinan Pas bersuara untuk menawarkan kepemimpinannya di dalam PR dan bukannya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.


Beliau juga meluahkan kekecewaan dengan prestasi Anwar yang terus merudum, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Aziz juga mengatakan bahawa rakyat Malaysia menaruh harapan besar kepada Pas untuk membawa perubahan kepada persekitaran politik sedia ada dan oleh itu, Pas tidak harus menghampakan rakyat dan wajib memimpin ke arah itu.


Kawan tertarik untuk mengulas beberapa perkara yang ditulis oleh Aziz itu. Pertamanya, mengenai Anwar Ibrahim. Kawan percaya, suara Aziz dan mereka yang sewaktu dengannya yang tidak lagi senang dengan kehadiran Anwar dalam PR, tidak ubah seperti menjerit kepada orang yang pekak. Ini kerana, selagi Nik Aziz menyokong Anwar, jangan harap ada sesiapa pun di dalam Pas yang boleh "menjentik" apalagi menendang Anwar keluar dari kepemimpinan PR. Dalam hal ini, Nik Aziz kelihatan "lebih berkuasa" dari Presiden Pas, Tok Guru Hj Hadi Awang kerana kelihatan seolah-olah pendokong Hj Hadi "tidak kuasa" untuk melayan rengekan Nik Aziz.

Kedua, berkenaan desakan supaya Pas mengambilalih teraju kepemimpinan PR dari Anwar, itupun tak akan berlaku jika pun Anwar ditakdirkan dihantar ke Penjara Sg Buloh sekali lagi. Ini kerana, DAP sudah pasti akan meletakkan orang yang boleh dipergunakan untuk meraih undi simpati rakyat dan juga menjadi boneka dalam pemerintahan negara seperti yang berlaku kepada Nizar Jamaludin di Perak dan Khalid Ibrahim di Selangor. Dan calon yang paling layak ialah, siapa lagi kalau bukan Wan Azizah?

DAP juga sama sekali tidak akan membenarkan Pas mengambilalih kepemimpinan PR jika orang yang dicadangkan Pas itu adalah golongan yang mendukung kuat penubuhan negara Islam. Tak ingat lagi cabaran Karpal Singh supaya "langkah mayat dia dahulu", sebelum Pas bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Ketiganya, yang ini yang buat kawan ketawa tak berhenti pasal pandangan si Aziz ni. Dia kata, rakyat menaruh harapan besar kepada Pas untuk membawa perubahan di negara ini. Sejauh mana keyakinan Aziz atas kenyataannya itu? Dengan deretan kekalahan dalam pilihanraya kecil dan juga pilihanraya umum DUN Sarawak yang baru lepas, bagaimana Aziz boleh mendabik dada mendakwa rakyat mengharapkan Pas. Kaum Cina masih lagi curiga dengan dasar Pas dan belum tentu akan mengundi calon Pas jika mereka diletakkan di kawasan pilihanraya dengan majoriti pengundi Cina.

Kaum Cina hanya menyokong Pas kerana adanya golongan yang toleran dalam isu membabitkan bukan Islam di dalam Pas seperti Nik Aziz, Khalid Samad dan Nizar Jamaludin. Jika golongan seperti ini tidak lagi wujud dalam Pas, jangan harap kaum sepet itu akan mengundi Pas. Undi Pas hanya bermakna bagi kaum sepet kerana mereka rasa Pas boleh memberikan apa yang sudah lama diidamkan oleh mereka selama ini, penguasaan ekonomi secara total dan kuasa politik. Takkan ahli Pas tak menyedari taktik licik kaum sepet ini?

Jawapan kawan kepada harapan Aziz itu, "be realistic". Janganlah menaruh harapan yang terlampau tinggi kepada DAP dan PKR. Pengalaman lepas membuktikan, Pas cuma menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR dan akan selamanya begitu hinggalah satu masa nanti Pas menyedari kesilapan besar mereka dan bertindak keluar dari PR...  


     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...