ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 2 Jun 2011

NIK AZIZ MIMPI NAK JADI PM?

Biar betul!!! Tuan Hj Ruslan Kassim, Ketua Penerangan Perkasa bertanya, mengapa Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral yang terpalit ke atas Anwar Ibrahim. Adakah kerana Nik Aziz mengidamkan kerusi Perdana Menteri jika PR memenangi PR13 nanti?
Sumber : Utusan Malaysia 01/06/2011

Menurut Hj Ruslan lagi, Nik Aziz sedar kemungkinan Anwar tidak akan diterima menjadi Perdana Menteri ekoran kes liwat yang sedang dihadapinya. Oleh itu, ada kemungkinan Nik Aziz akan tampil menawarkan diri untuk mengetuai  kerajaan pusat.   

Ya ampun.... kalau Nik Aziz lah yang jadi Perdana Menteri, alamatnya satu Malaysia lah minum air paip berkarat. DAP pun jadi kaduk naik junjung pasal Nik Aziz amat memuja DAP sebagai parti yang lebih bersih dari kain putih. Masa tu nanti, semua kerajaan negeri akan diperintahkan beri status pajakan tanah kurnia, bukan lagi 999 tahun macam kat Perak masa Nizar jadi patung tahun lepas, tapi diberikan 9,999 tahun pulak nanti...

Nanti semua tanah Felda, Felcra dan hutan simpan diambilalih jadi Ladang Rakyat. Semua peneroka dan Orang Asli cuma melopong tengok tanah yang mereka usahakan bertahun-tahun lamanya diambilalih kerajaan dan diberikan kepada syarikat Cina sepet yang entah dari mana datangnya.

Peniaga Melayu di arked-arked MARA dan sebagainya nanti disuruh berpindah ke bangunan baru yang serba moden dan dijanjikan lot perniagaan dengan harga yang murah tetapi akhirnya mendapati, lot niaga di bangunan baru itu nanti besar sikit saja dari liang lahad dan harganya berkali-ganda lebih tinggi dari harga tawaran asal.

Kawan berdoa, janganlah keadaan yang kawan sebut di atas tadi terjadi di negara ini. Cukuplah dengan apa yang terjadi di negeri-negeri PR. Mari semua rakyat Malaysia, kita buang pakatan membawa rebah ini jauh ke tengah laut dalam PRU13 nanti...     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...