ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 3 Jun 2011

TAHNIAH, AKHIRNYA PAS BERJAYA KALAHKAN UMNO...

Pas dulu kutuk Umno, kata Umno ni parti keturunan. Ya lah, Allahyarham Tun Razak meninggal, anaknya Datuk Seri Najib dibawa masuk gantikan arwah bapanya di Parlimen Pekan. Allahyarham Tun Hussein Onn turun dari jawatannya, anaknya Datuk Seri Hishamuddin pula naik dan bila Tun Dr Mahathir bersara, anaknya Datuk Mukhriz pula dibawa masuk ke dalam kerajaan. 


Kalau tengok kes Umno ni, keturunan pemimpin terdahulu semuanya masuk selepas orang tua mereka berundur dari jawatan parti dan kerajaan. Pengecualiannya cuma menantu kesayangan Pak Lah saja, Khairy Jamaludin yang berleluasa masa zaman pemerintahan Pak Lah. Itupun telah "berjaya" diimbangi Nik Aziz bila menantu bertuahnya, Ariffahmi dilantik menduduki kerusi panas PMBK.

Jadi, kawan nak ucapkan syabas pada Pas kerana telah memecahkan rekod Umno apabila Nik Abduh menang sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat manakala Khalil pula sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Pusat tatkala bapa mereka, Nik Aziz dan Hadi Awang masih berkuasa di dalam parti. Nik Abduh sendiri mengakui perwakilan mengundinya mungkin disebabkan oleh pengaruh dan populariti Nik Aziz.
Sumber : Utusan Malaysia 03/06/2011
Itulah, Allah tu Maha Kaya dan Maha Adil. Apa yang Pas sembur kat Umno, semuanya terpalit semula kat batang hidung Pas malahan lebih teruk lagi. Pas tak henti-henti belasah Umno dalam ceramah akan amalan kronisme dan nepotisme dan sekarang, amalan itu pula semakin bercambah di dalam Pas sendiri.

Pas juga mungkin terlupa, isteri haramnya DAP dah lebih dulu jadi parti anak-beranak dari Umno. Pas terlupa agaknya Lim Guan Eng dan Betty Chew tu anak dan menantu Lim Kit Siang manakala Gobind Singh Deo tu anak Karpal Singh. Bagaimana pulak dengan parti keluarga Anwar, Azizah dan Nurul Izzah di PKR?

Kawan nak ucap terima kasih yang tak terhingga kepada perwakilan Muktamar Pemuda Pas yang telah memilih Nik Abduh dan Khalil kerana memberikan peluru untuk Umno, BN dan blogger pula untuk membelasah Pas sebagai parti anak-beranak selepas ini. Kita tengok nanti, apa jadi pada 2 orang ni bila Nik Aziz dan Hadi Awang dah tak pegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas...    

      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...