ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 2 Jun 2011

BENARKAH PAS HARAPAN RAKYAT?

Seorang penulis Harakah, Mohd Rashidi Hassan telah menulis satu artikel menarik bertajuk "Pas Harapan Rakyat". Kawan ingin mengulas beberapa isi menarik kandungan artikelnya. Artikel penuh anda boleh baca di sini.

Pertamanya, bolehkah Pas menggantikan Umno? Jawapannya sudah tentu tidak! Ini kerana, Pas mengatakan Umno "assobiyah" kerana memperjuangkan kepentingan satu kaum sedangkan Pas memperjuangkan Islam yang bersifat universal. Memang Umno adalah parti kaum Melayu, tetapi melalui permuafakatan di dalam Perikatan dan Barisan Nasional, kepentingan kaum lain juga turut dijaga. Dan akhirnya, Pas sendiri mengakui model yang diperjuangkan BN adalah betul sehingga Pas sendiri menyertai Pakatan Rakyat.
Kedua, Rashidi mendakwa Pas sebagai parti Islam terbesar dan berpengalaman luas. Masalahnya, adakah pengiktirafan itu datangnya dari ahli Pas sendiri ataupun tokoh pimpinan PR? Jawapannya, di dalam PR, Pas cuma dijadikan alat untuk mencukupkan kuorum dan meraih undi dari orang Melayu untuk PKR dan DAP. Taraf  Pas sebagai parti yang bertapak lama di Malaysia ini, malahan telah wujud sebelum DAP ditubuhkan lagi, nyata diletakkan di tempat yang paling hina di mata DAP dan PKR yang jauh lebih muda dari Pas.
Seterusnya, Rashidi sendiri mengakui Pas adalah parti yang menumpang arus di dalam PR dan menuntut supaya Pas menjadi penggerak utama di dalam PR. Jawapan kawan, jangan harap DAP akan membenarkan puak yang dilihat konservatif di dalam Pas untuk memimpin PR. Lihatlah apa yang terjadi di Selangor. Datuk Hassan Ali dibelasah sebegitu teruk apabila cuba menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang melarang orang Islam di premis menyajikan arak. Hanya puak yang progresif dan liberal serta boleh menjamin kepentingan DAP seperti Nik Aziz, Nizar Jamaludin dan Khalid Samad diiktiraf sebagai pemimpin berwawasan di dalam Pas.
Juga, Rashidi menekankan kepentingan ahli Pas mempunyai sahsiah yang unggul. Baguslah kalau begitu. Tolong ajarkan sahsiah unggul mengikut Islam kepada Mat Sabu dan ahli-ahli Pas yang cukup gemar memaki-hamun dan mencarut dengan perkataan yang cukup kesat. Tolong ajarkan sahsiah Rasulullah S.A.W yang menyampaikan dakwah dengan penuh hikmah dan lemah-lembut tutur-katanya hingga mampu mencairkan hati segarang dan sebengis manusia seperti Umar Al-Khattab. Ops lupa, Nik Aziz ada keluar fatwa yang mencarut dibenarkan oleh Islam. Ajaran siapa yang nak diikut, ajaran Rasulullah S.A.W ataupun Nik Aziz?    
Rashidi turut menggesa Pas memberi keutamaan dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Bagaimana dengan rakyat Kelantan yang masih dibekalkan dengan air paip berkeladak? Bagaimana pula dengan peniaga yang dipindahkan ke Bazar Tok Guru ditipu hidup-hidup? Bagaimana pula nasib UUM yang rebat cukai tanahnya ditarik semula oleh kerajaan Pas Kedah hingga perlu membayar sejumlah RM1.7 juta setiap tahun? Adakah ini khidmat terbaik yang dicanangkan Rashidi? Adakah ini juga menepati konsep adil dan saksama yang dinyatakan Rashidi di atas? Adakah ini semua contoh negara berkebajikan yang ingin ditunjukkan oleh Pas?
Dan akhirnya, Rashidi berharap, persepsi buruk terhadap Islam dapat dihapuskan. Yang menjadi masalahnya, orang Islam sendiri keliru dengan Islam bagaimana yang nak dibawa oleh Pas terutamanya apabila Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang membingungkan seperti mengundi Pas boleh masuk syurga, membela orang yang berzina dan meliwat, boleh mencarut dan memaki kerana Allah S.W.T mencarut dan samseng dan pelbagai lagi.

Kesimpulan yang kawan boleh buat ialah, penyokong Pas nampaknya sudah tidak sabar-sabar lagi mahukan pemimpin Pas menerajui PR dan seterusnya memimpin Putrajaya jika PR memenangi PRU13 nanti. Nasihat kawan pada Rashidi dan penyokong Pas yang lain, teruskanlah bermimpi kerana ianya tidak akan terjadi sekurang-kurangnya dalam PRU13 nanti...   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...