ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 4 Jun 2011

MAT SABU MENANG, UTUSAN MALAYSIA JUGA YANG SALAH?

Tak faham, sungguh kawan tak faham!!! Blogger senior, Mohd Sayuti Omar menyalahkan Utusan Malaysia sebagai punca Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas. Katanya, Utusan Malaysia ada agenda tersembunyi apabila mahukan golongan ulama menang jawatan nombor 2 Pas itu. Menurut Sayuti, agenda mempertahankan ulama Utusan Malaysia mempunyai "reverse psychology" supaya perwakilan yang meluat membaca Utusan Malaysia bakal beralih arah mengundi Mat Sabu.

Sayuti berpendapat, inilah sebenarnya yang dikehendaki Utusan Malaysia dan "tuan"nya, supaya Mat Sabu terpilih menduduki kerusi panas itu. Umno akan menggunakan pemilihan Mat Sabuntuk menyerang Pas berkaitan isu peribadi lapuk  selain kelancangan mulutnya.

Kawan hormat Sayuti sebagai seorang blogger yang lebih senior dan berpengalaman. Malangnya, pengalaman beliau itu tidak digunakan untuk berfikir dengan cara yang lebih munasabah dan boleh diterima akal.

Kawan ingin bertanya kepada Sayuti, berapa keratkah penganut Pas yang membaca Utusan Malaysia? Bukankah Utusan Malaysia telah dipulaukan oleh Pas? Utusan Malaysia digelarkan sebagai alat Umno, dikuasai pelampau Melayu yang menyemarakkan api perkauman dan terkenal kerana sering membuat berita berunsur fitnah ke atas Pas dan isteri-isteri haramnya, DAP dan PKR. Kalau dah begitu label Utusan Malaysia di mata Pas, takkan penganut Pas berani melanggar arahan Pas untuk memulaukan Utusan Malaysia? Ini dah kira murtad dari perjuangan Pas kerana melanggar fatwa mengharamkan membaca Utusan Malaysia.

Secara otomatik pulak, timbul soalan kedua, kalau dah penganut Pas haram membaca Utusan Malaysia, bagaimana pula Utusan Malaysia boleh begitu berpengaruh menentukan pemilihan pucuk pimpinan Pas? Ini dah kira magik ni... Hebat betul Utusan Malaysia, mana ada akhbar dalam dunia yang haram dibaca tapi memainkan peranan besar dalam pemilihan pemimpin parti politik. Tabik spring la kat Utusan Malaysia. Tak sangka, media Umno tapi artikelnya dijadikan rujukan untuk memilih pemimpin Pas!!!

Negara ini kan mengamalkan demokrasi. Jadi, suka hati Utusan Malaysia lah dia nak sokong siapa pun walaupun pemilihan itu adalah pemilihan parti pembangkang. Pas dan isteri-isteri haramnya kan berjuang bermati-matian hendakkan kebebasan media dan bersuara. Jadi, biarkanlah Utusan Malaysia bebas bersuara. Takkanlah pasal Utusan Malaysia buat artikel mahukan ulama menduduki kerusi nombor 2 Pas, boleh pecah perang saudara? Ataupun, kebebasan bersuara dan media hanyalah untuk Harakah, Roket dan Suara Keadilan? 

Kawan menyeru kepada Pak Sayuti, berikanlah alasan yang jauh lebih logik dari retorik sebegini. Bila Pak Sayuti mengeluarkan kenyataan sebegini, lebih ramai orang akan hilang hormat pada Pak Sayuti dan mungkin menjadi bahan untuk persembahan Maharaja Lawak.

Pada blog Pak Sayuti ada gambar sebuah mesin taip lama. Jika Pak Sayuti terus menggunakan retorik hancur sebegini, kawan khuatir, Pak Sayuti juga akan ketinggalan zaman seperti mesin taip tersebut....         

Anda boleh baca artikel penuh Pak Sayuti itu di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...