ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 2 Jun 2011

NIK AZIZ SOROK CALON PILIHAN DIA?

Nik Aziz kata dia ada calon pilihan sendiri dalam pemilihan Pas kali ini tapi tak mahu mendedahkannya kerana tak mahu kecoh. 


Tak payah nak sorok-sorok, Ramai orang dah tahu calon favourite Nik Aziz siapa. Pertamanya, calon tu mesti berasal dari Kelantan. Siapa lagi calon dari Kelantan kalau bukan Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah?
Calon favourite kedua Nik Aziz mestilah golongan penjilat Anwar, macam Nizar Jamaludin dan Khalid Samad. 

Calon favourite ketiga pula mestilah kroni Nik Aziz. Siapa lagi kalau bukan anaknya, Nik Abduh dan anak saudaranya, Tuan Ibrahim Tuan Man?

Yang lain-lain calon tu, cuma nama-nama kecik saja. 

Sebab tu, kawan gelak berguling-guling baca kenyataan Nik Aziz sampai naik semput dibuatnya. Memang la Nik Aziz ni nampak sangat pelupanya sampaikan tak ingat kenyataan-kenyataan yang dia beri sebelum ni.

Nik Aziz, kalau dia dedahkan pun semua calon "pilih kasih" dia, jangan ingat semua calon tu akan menang. Ini kerana, dalam Pas sendiri pun, dah makin ramai puak yang semakin meluat tengok kerenah Nik Aziz terutamanya dari segi mempertahankan Anwar. Ada pula yang menganggap Nik Aziz sebagai liabiliti kepada kredibiliti Pas kerana mengiyakan saja apa jua cakap DAP. 

Pesan kawan kepada Nik Aziz, sudah-sudahlah tu. Lupakan sajalah dunia politik dan tumpukan perhatian kepada mengajar ilmu agama sepenuhnya kepada umat Islam. Kawan akan lebih hormat kepada Nik Aziz jika dia menyeru kepada kebaikan dan bukannya membuat pelbagai "fatwa liar" demi kepentingan politik....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...