ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 29 Jun 2011

ADA JUGAK GUNANYA PDRM KEPADA ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim mengamuk sakan tuduh polis tak ambil tindakan terhadap gerombolan Patriot yang terdiri dari ahli Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Selangor yang "membadai" ibupejabat PKR di Tropicana malam kelmarin.


Anwar kata, polis akan bertindak cuma dengan arahan dari pemimpin Umno. Seperti biasa, Anwar mengecam polis sebagai tidak adil dan mengamalkan "double standard" yang mana akhirnya, rakyat akan "menyerang" polis.

Kawan macam nak pecah perut ketawa baca kenyataan Bapak Penipu Malaysia ni. Pertama sekali, ni lah muka yang paling tak tau malu dalam sejarah Malaysia. Apa taknya, selama ni, muka ni lah yang kutuk PDRM jadi alat dan barua BN. Bila dah tersepit, cari jugak PDRM nak mintak "selamat"kan ibupejabat parti dia yang dah nak kena lelong tu. Kalau kawan lah, segan kawan nak mintak PDRM datang bantu setelah pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PDRM. Tapi, siapa tak kenal Bapak Penipu Malaysia ni. Mana dia tau malu?

Keduanya, apahal pulak nak panggil polis suraikan gerombolan Patriot tu? Ai, bukankah selama ni, yang ghairah buat demonstrasi adalah puak PKR? Sampai dalam masjid pun diorang sanggup buat kecoh? Kalau PKR dan AMKnya boleh buat, apa barang lu nak kecoh bila Pemuda Umno buat demonstrasi pulak? Bukan pun macam si Sam K yang terlalak-lalak dalam masjid tu. Takkan dalam masjid korang boleh buat, Patriot pulak tak boleh buat depan pejabat korang?

Satu lagi, ada ke sesiapa yang cedera kena bakar ngan Patriot malam tu? Tak ada pun! Cuma, kawan nak tanya, mana  perginya ayam sabung PKR macam si Sam K, Tian Chua dan anak-beranak Anwar sendiri malam tu? Tak berani tunjuk muka pun. Kalau "gentleman", pergilah bersemuka dengan Patriot malam tu. Ni tak, harapkan si Rozan tu saja yang perhati dari jauh masa Patriot bersorak. Macam ni ke diorang PKR praktikkan slogan "lawan tetap lawan"? Kawan rasa, banyak telur PKR kena lenyek atas jalan dengan tayar motor Pemuda Patriot malam tu.

Sudahlah tu Anwar. Hentikanlah hipokrasi kau tu. Sibuk kutuk polis, akhirnya pada polis juga yang diharapkan untuk melindungi pejabat PKR. Kenapa tak panggil Unit Amal Pas?  Bukankah Pas tu kuda tunggangan PKR? Hi hi hi....

      

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...