ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 29 Jun 2011

PAS NAK BANTU UMAT ISLAM BELANDA?

Parlimen Belanda telah meluluskan usul supaya penyembelihan haiwan secara Islam diharamkan di negara itu. Usul yang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu menyatakan, haiwan perlu berada dalam keadaan tidak sedar diri sebelum disembelih. Penyembelihan cara Islam memberikan kesakitan yang tidak patut kepada haiwan itu dan perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama.
Sumber : Utusan Online 29/06/2011

Nampak gayanya, umat Islam di Belanda selepas ni cuma boleh makan ikan dan makanan laut serta sayur-sayuran sajalah kerana makanan ini tidak perlu disembelih. Maka, umat Islam Belanda terlepaslah untuk menikmati daging ayam, lembu dan kambing. Tiadalah lagi hidangan chicken chop, beefsteak, daging panggang, kebab dan sebagainya kerana semuanya selepas ini menjadi tidak halal kerana tidak disembelih mengikut syariat Islam.

Kawan nak cabar Pas terutamanya Nik Aziz dan Khalid Samad. Kalau benar Pas memperjuangkan Islam, pergi ke Belanda dan bantu umat Islam di sana memahamkan kepada kafir Belanda tentang kebaikan sembelihan menurut syariat Islam. Bukankah pelaksanaan undang-undang ini merupakan satu penindasan kepada umat Islam? Inilah masa terbaik bagi Pas untuk menonjolkan diri di persada antarabangsa sebagai parti politik yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam.

Buat Khalid Samad, ini adalah kesempatan kedua baginya. Hari tu, mengundur diri dari misi kemanusiaan ke Gaza, konon atas alasan, Umno yang dapat nama dari misi tu. Yang sebenarnya, takut kena dera dengan pelbagai sekatan Israel. Kali ni kat Belanda, tak ada siapa pun nak dera si Khalid ni. Pergilah berjuang untuk umat Islam di sana, besar pahalanya tu. Orang Pas tak nak pahala ke? 

Apapun, kawan tak rasa Pas akan hantar orangnya untuk bantu selesaikan masalah umat Islam Belanda tu. Kat Malaysia ni pun, Pas masih bergelut nak bagi tarbiyah kepada rakan tidur sebantal kafirnya, inikan lagi nak berdakwah kepada kumpulan hak asasi haiwan Belanda! 

Keduanya, Pas ni sekarang cuma parti retorik. Dulu nak buat negara Islam, kena sergah ddengan Karpal Singh dan DAP, terus tukar nak buat negara kebajikan pulak. Dulu slogannya, Membangun Bersama Islam, pasal nak dapat undi bukan Islam, tukar pulak jadi Pas For All. 

Tak tau lah kawan apa nak jadi dengan Pas ni....
            

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...