ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 2 Julai 2011

KHUTBAH BERSIH : AZIZ BARI JANGAN NAK PUTAR-BELIT

Professor undang-undang UIAM yang mesra PR, Aziz Bari membelasah Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali kerana menggunakan khutbah Jumaat semalam untuk menyampaikan mesej perhimpunan Bersih 2 adalah haram. Si Aziz ni juga minta DYMM Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bertindak ke atas Datuk Che Mat kerana membawa isu politik ke dalam masjid.


Semalam, darah kawan dan mendidih bila sorang pelajar UM nak tunjuk pandai dalam isu yang sama (klik sini), rupa-rupanya, hari ni, sorang profesor undang-undang pun sama tarafnya dengan siswa UM semalam. 

Profesor yang sorang ni, sebelum buat kenyataan, ada tak kaji dulu kronologi Bersih 2 ni? Sebelum khutbah Jumaat tu dibacakan, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dah terlebih dulu beri kenyataan bahawa adalah berdosa besar bagi umat Islam menyertai perhimpunan yang bertujuan membawa kerosakan dan memecahbelahkan perpaduan dan keamanan yang ada selama ini.

Kalau dah Pengerusi Jawatankuasa Fatwa keluarkan kenyataan sebegitu, sudah menjadi tanggungjawab JAWI untuk menyampaikan peringatan kepada umat Islam mengenai bahaya perhimpunan haram Bersih 2 ini. Takkan itu pun profesor ni tak faham? Atau pun pada profesor ni, ilmu dia lebih tinggi dari orang lain hinggakan apa saja yang dibuat orang lain dan tak berkenan di matanya, habis dilanyaknya orang tu.

Kawan nak tanya pada profesor ni, sebelum ni, Juara Murtad Ambiga kata parti politik dah ditendang keluar dari Bersih 2. Jadi dah tak ada unsur politik lagi dalam Bersih 2. Bila Bersih 2 dijadikan topik khutbah Jumaat, si Aziz ni pulak kata JAWI membawa masuk politik ke dalam masjid. Mana satu yang betul ni, Ambiga atau si Aziz ni? Sorang kata tak ada unsur politik, yang sorang lagi pulak cakap bawak unsur politik. Atau si Aziz ni dah tak percaya pada cakap Juara Murtad tu? Kalau tak percaya, buat apa lagi nak bersekongkol dengan India tu?

Kawan nak jugak tanya si Aziz ni, kenapa pulak dia tak melalak mohon DYMM Yang Di Pertuan Agong ambil tindakan ke atas Malik Kasim, Exco yang bertanggungjawab terhadap urusan Agama Islam Pulau Pinang bila dia memandai-mandai ikut suruhan Cina Sepet DAP Guan Eng buat pilihanraya masjid di Pulau Pinang tanpa perkenan Baginda Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam Pulau Pinang? Tak ada pun kawan dengar si Aziz ni bersuara walaupun sepatah dalam kes tu. Sekali lagi, kalau PR buat, tak salah. Kalau JAWI (bukan Umno atau BN) buat, terus saja belasah. Mana keadilan dalam isu ni? Sebagai profesor yang kononnya pakar dalam bidang undang-undang, dia patutnya lebih arif dan bertindak tanpa memilih bulu atau kecenderungan politik. Profesor jenis apa dia ni?

Di sebalik tuntutan si Aziz ni supaya tindakan diambil ke atas Pengarah JAWI, kawan juga nak menuntut kepada UIAM supaya bertindak membuang profesor ni dari cari makan di IPTA berkenaan. Tak guna ada profesor sebegini di UIAM jika nawaitu dia cuma nak menjahanamkan pemikiran siswa-siswi supaya membenci kerajaan sedangkan dia sendiri mencari rezeki di universiti yang dibiayai oleh kerajaan. Inilah dia manusia yang menyerupai ketam, "suruh siswa-siswi berjalan betul, dia sendiri jalan macam orang mabuk todi"... 

1 ulasan:

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...