ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 26 Jun 2011

BAPAK DAP TAK RETI URUS EKONOMI...

Selama ini, DAP kerapkali mengagungkan bapaknya di Singapura, PAP. Kononnya, pemerintah Singapura adalah rejim pemerintahan yang paling cekap, bersih dan handal dalam menguruskan ekonomi hinggakan pulau kecil yang tiada hasil bumi itu muncul sebagai sebuah negara maju. Rakyat Singapura dicanangkan mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.


Perbandingan itu digunakan untuk membelasah kerajaan "Melayu" BN yang dilenyek hingga penyek kerana kononnya mengamalkan rasuah, kronisme, tidak cekap menguruskan ekonomi, penyelewengan wang rakyat dan pelbagai lagi "trademark" negatif. Semuanya nak menunjukkan bahawa kaum Cina sepetlah yang terbaik dalam menguruskan kerajaan sehingga DAP Pulau Pinang mendabik dada mengatakan kerajaan mereka yang terbaik di Malaysia. 

Semuanya kerana apa? Berpaksikan dan berkiblatkan kepada bapak komunis di Singapura.

Yang DAP komunis, chauvinis dan rasis ni tak tahu ialah, semakin ramai rakyat Singapura yang tertekan dengan tuntutan hidup yang semakin mendesak di Singapura. Bergerak sikit, perlukan duit sedangkan kenaikan pendapatan tak seberapa dan tak setanding dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di sana. 

Kerana itu, rakyat Singapura memandang Bandaraya Johor Bahru sebagai satu rahmat kepada mereka. Setiap hari, selepas waktu bekerja, ramai rakyat Singapura menyeberangi Tambak Johor untuk mencari barangan keperluan di JB kerana selepas membuat tukaran wang dari dollar ke ringgit, harga barangan keperluan di JB jauh lebih murah berbanding apa yang terdapat di Singapura. Kalau hujung minggu seperti hari ini, jangan ceritalah. Parkir kereta di pusat membeli-belah di seluruh JB dipenuhi dengan kereta plat Singapura.


Artikel Malaysian Insider ini menceritakan bagaimana semakin ramai rakyat Singapura mencari kediaman di Malaysia atas faktor tidak berkemampuan untuk membeli rumah (baca - flat HDB) di Singapura lantaran harga yang terlampau tinggi.

Mujur juga kerajaan negeri Johor mengenakan syarat rakyat asing hanya boleh membeli hartanah bernilai RM500,000 ke atas, kena membayar levi RM10,000 ke atas setiap pembelian berkenaan dan hanya dibenarkan membuat pinjaman perumahan dengan bank komersial cuma maksima 60% dari harga pembelian hartanah. Jika tiada peraturan sedemikian, habis projek perumahan di JB ini dibolot oleh rakyat Singapura.

Itulah harga kemajuan yang terpaksa dibayar oleh rakyat Singapura. Peningkatan kos sara hidup di Singapura seolah tak tertanggung oleh rakyat kelas menengah di sana, apatah lagi bagi kelas bawahan (yang sudah tentunya ramai darinya adalah orang Melayu).

Mengapa DAP tak kutuk kerajaan Singapura kerana peningkatan kos kehidupan yang meningkat mendadak saban tahun dan tak seiring dengan peningkatan pendapatan? Mana perginya kecerdikan pemimpin Singapura yang dikatakan maha bijaksana dalam menguruskan ekonomi? Singapura sering dicanangkan DAP sebagai model pembangunan terbaik yang patut dicontohi Malaysia tapi sebenarnya, rakyat Singapura sendiri bergelut dalam kehidupan mereka. 

Di Malaysia, pantang harga barang naik sedikit, DAP adalah yang paling giat membelasah kerajaan BN. Pengurangan subsidi barangan keperluan seperti petrol, gula dan gas dijadikan modal politik untuk menunjukkan kerajaan tidak prihatin dengan kesusahan rakyat dan pemimpin kerajaan dikatakan mementingkan tembolok sendiri. Kenapa DAP senyap saja bila rakyat Singapura mengeluh tentang kesukaran hidup mereka? Pergilah belasah PAP tu, kalau DAP ada telur.

Oppsss, kawan lupa! PAP tu GODFATHER DAP. Mana boleh belasah dan kutuk PAP. Lagipun, kalau DAP kutuk PAP, nanti tak ada lah lagi modal untuk belasah kerajaan BN sebab Malaysia pun dah sama saja dengan Singapura. 

Kepada rakyat Malaysia, saksikanlah sendiri hipokrasi DAP ini. Berkiblatkan PAP Singapura, hanya mengambil contoh dari kononnya "kemewahan" dan "kesenangan" Singapura. Kesusahan dan penderitaan Singapura tidak sedikitpun diceritakan DAP kepada umum. 

Dan awas, apa yang terjadi di Singapura sekarang, sudahpun terjadi di Pulau Pinang. Orang Melayu memang sudah tidak lagi berkemampuan untuk membeli hartanah di bahagian pulau. Apatah lagi, kerajaan negeri DAP sendiri tidak berminat untuk membina rumah mampu milik bagi rakyat kebanyakan di bahagian pulau. Akhirnya, orang Melayu akan "dihalau" secara sistematik ke tanah besar dan bahagian pulau dikuasai sepenuhnya oleh Cina sepet.

Bagi orang Melayu yang mahu berfikir, berbaloikah pengorbanan anda menyokong DAP?  

               

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...