ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

PEMUDA PAS AJAK SPR BERDEBAT DI TV1 @ TV2

Dewan Pemuda Pas nak tunjuk handal apabila ajak RTM mengadakan debat mengenai pengharaman Bersih 2 di TV1 atau TV2. Menurut Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor; debat itu hendaklah disertai wakil Bersih dan "komponen"nya dan SPR atau BN bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap tuntutan Bersih. 



Si Riduan ni naik angin pasal RTM menyiarkan iklan di TV2 yang menunjukkan pelakon iklan yang pada mulanya bercadang menyertai perarakan Bersih 2, kemudiannya mencampakkan risalah Bersih 2 itu dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan KOTOR.



Kawan mengalu-alukan cadangan debat Dewan Pemuda Pas ni. Ia memberi peluang adil kepada SPR menjawab kembali 8 tuduhan (bukan tuntutan) Bersih 2. Walaupun sudah diterangkan berkali-kali oleh SPR sebelum ini tapi masih lagi tak difahami oleh puak dungu ini, biar SPR "bogel"kan kedunguan mereka secara langsung ke seluruh negara. Kawan nak syorkan, ajak sekali Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negara turut sama dalam debat itu supaya senang puak-puak degil ni diajar oleh polis supaya menghormati undang-undang.


Kesempatan debat ini juga mesti digunakan oleh wakil BN untuk menunjukkan kebebalan Pas yang merelakan diri untuk diperalatkan oleh India Juara Murtad Ambiga. Tak boleh diterima langsung oleh logik akal bahawa sebuah parti yang mendakwa tak boleh wujud tanpa perkataan Islam (klik sini), boleh bersekongkol dengan pejuang murtad Ambiga. Entah apa yang bermain di benak Mat Sabu sehingga sanggup menjilat ludah Ambiga dan menurut saja arahan Ambiga untuk mengadakan Bersih 2.


Kawan mendesak Datuk Seri Rais Yatim selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas RTM mengadakan debat secara langsung ini dengan segera sebelum 9 Julai kerana kami sudah tidak sabar-sabar lagi hendak melihat bagaimana Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf mensekolahkan penyokong bengong Bersih 2 dan bagaimana Pas dimalukan apabila membuang perjuangan Islamnya untuk bermukah dengan juara murtad.


Pada ketika itu, biar rakyat mentertawakan si bebal yang ingat dia pakar dalam semua perkara sehingga sanggup menyusahkan majoriti rakyat lain. Datuk Seri Rais, kami menanti jawapan Datuk Seri pada kadar SEGERA!!!!      

          

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...