ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 28 Jun 2011

BN & PR AKAN ALAMI KEKALAHAN BESAR DALAM PRU13

Sebuah parti politik yang baru dijenamakan semula akan muncul mencabar penguasaan BN dan PKR dalam PRU13 nanti. Presiden parti itu, Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dilaporkan berkata partinya yakin dengan kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti lain. Parti itu juga dikatakan membuat jangkaan bahawa ia akan mempunyai 1.3 juta ahli pada tahun depan.
Sumber : Berita Harian Online 28/06/2011

Satu perkataan terpacul dari mulut kawan, WOW!!! Hebat, memang hebat. Parti Zaid Ibrahim, KITA tu pun tidak berani meletakkan sasaran yang sebegitu hebat. Kawan kena tabik spring kat parti BERSAMA ini.

Jika benar BERSAMA dapat mengumpulkan 1.3 juta ahli, ini bermakna BERSAMA akan menjadi parti politik kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO. Pas yang telah bertapak lebih 50 tahun itu pun hanya mempunyai 1 juta ahli. PKR yang begitu gah tu pun ahlinya tak sampai setengah juta.

Kawan nak juga tau, apakah agenda istimewa perjuangan Bersama ini sehingga mampu menarik begitu ramai ahli dalam masa singkat? Tak diketahui dari mana asal-usulnya, tiba-tiba membuat gempak dengan kenyataan yang begitu bongkak.

Kawan nasihatkan kepada Presiden Bersama ini yang juga seorang Melayu, buat kerja secara senyap dulu untuk menghimpunkan ahli, bila dah sah ada keahlian yang begitu ramai, barulah diumumkan kepada media. Baru orang hormat. Taklah nanti jadi macam beberapa parti nyamuk yang bertanding dalam pilihanraya, kemudian terus ghaib tanpa khabar berita.

Buat BN dan PR, tahniah kerana mendapat saingan baru. Barulah seronok tengok kempen PRU13 nanti. Kata omputeh, "the more, the merrier". Hi hi hi....             

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...