ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 7 Julai 2011

KL BAKAL LENGANG, AMAN DAN DAMAI SABTU NI

Polis telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang dari berada di KL dan juga menutup jalan-jalan di ibukota pada Sabtu ini.

Antara yang dinamakan dalam perintah mahkamah itu ialah Ambiga Bebal, Khairy Jamaludin dan Datuk Ibrahim Ali serta Maria Chin Abdullah. Semua yang disenaraikan dalam perintah itu adalah 66 orang dari Kotor 2, 14 dari Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno. Mereka yang tersenarai ini akan ditangkap jika mengingkari arahan berkenaan.

Polis berkata bahawa orang-ramai tidak digalakkan untuk masuk ke Bandaraya KL pada Sabtu ini.

Nampak gayanya, KL akan lengang pada Sabtu ni. Penduduk di tengah ibunegara akan merasai suasana tenang dan aman damai tanpa hiruk-pikuk bunyi kenderaan dan kesibukan kota yang merimaskan. Bukannya senang nak mendapat kedamaian sebegini di tengah kota kosmopolitan yang sentiasa sibuk tak kira siang mahupun malam, hatta ianya cuma sehari saja.

Itulah rahmat tersembunyi dari tindakan polis menyekat semua jalan masuk ke KL nanti. Dan golongan yang akan menyumpah-seranah nanti adalah masyarakat peniaga dan pemilik gedung membeli-belah mega yang berada di ibukota. Mana taknya, kerugian yang ditanggung akibat perniagaan yang kurang laris pada Sabtu ni mungkin mencecah angka jutaan ringgit dan boleh mencecah ke angka bilion RM.

Apapun, jangan salahkan polis yang bertindak sedemikian untuk keselamatan keseluruhan rakyat. Salahkan puak bebal  yang merasakan diri mereka kebal dari undang-undang sehinggakan semua larangan termasuk titah Tuanku YDP Agong pun hendak dilanggarnya. Dan siapakah mereka ini? Tak lain tak bukan adalah puak penjilat India Juara Murtad yang tak sedar dek untung itu....          

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...