ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 5 Julai 2011

PEMUDA PAS SELANGOR NI TAK PERGI SEKOLAH KE?

Dalam artikel yang disiarkan Harakahdaily bertajuk "Kerajaan, polis dan SPR jangan angkuh" (artikel penuh, klik sini), Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak 3 pihak di atas membuka semula pintu rundingan agar perjalanan program Bersih 2 itu lancar dan teratur.

Dah tu, putar-belitkan pula titah DYMM SPB YDP Agong menuduh kerajaan, polis dan SPR sebagai orang yang tak bertamadun kerana ingin mempertahankan keangkuhan dan nafsu serakah semata-mata.

Cuba baca balik petikan titah Baginda Tuanku di atas. Menurut titah Tuanku, masyarakat bertamadun menyelesaikan masalah melalui perundingan bukan dengan membuat demonstrasi jalanan yang lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.

Sebab tu kawan kata, orang-orang dalam Dewan Pemuda Pas Selangor ni tak pergi sekolah. Tu lah, masa kecik-kecik, orang tua suruh pergi sekolah, dia memonteng, pergi dengar ceramah politik Pas. Sebab tu, lain yang Tuanku titahkan, lain pulak yang dia fahamkan. Nampak sangat penganut Pas ni tak cukup ilmu. Ilmu terbaik yang ada pada dia ialah ilmu membelasah orang sebab itu yang diajar oleh Pas kepada penganutnya.

Kalau tak faham titah Tuanku tu, meh sini kawan fahamkan. Dah tak timbul lagi soal nak pastikan kelancaran perjalanan program Bersih KOTOR tu sebab titah Tuanku dah terang menyatakan Baginda tidak berkenan dengan demonstrasi jalanan.

Yang Baginda mahukan ialah semua pihak kembali ke meja rundingan, yang mana India Juara Murtad yang disanjung-sanjung penganut Pas tu adalah yang pertama menutup pintu rundingan dengan SPR. Nafsu serakah siapa yang membara untuk memberontak di jalanan kalau tak India Juara Murtad tu dan konco-konconya termasuklah keldai Pas seperti Timbalan Presidennya tu.

Kepada Dewan Pemuda Pas Selangor, kalau bebal, mengaku sajalah. Ramai orang yang boleh ajar dan tunjukkan jalan yang lurus dan benar. Kata orang tua-tua, "kalau tak pandai, jangan memandai-mandai, nanti malu sendiri". Kan dah malu dah bila orang ketawakan kebodohan Dewan Pemuda Pas ni sendiri..... 


      

1 ulasan:

  1. Puak2 Pas ni pandai tak boleh diajar..bodoh tak boleh dididik !!

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...