ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 9 Julai 2011

SATU KEMATIAN INSIDEN KOTOR 2

Peguam PKR, Latheefa Koya beri kenyataan yang demo jalanan Kotor 2 hari ini meragut korban satu nyawa. Baharuddin Ahmad, 59;  seorang pemimpin ranting PKR, tersungkur semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata FRU. Dia diisytiharkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Kepada keluarga mangsa, kawan ucapkan takziah. Walaupun balunya adalah seorang pemimpin PKR, kita masih lagi bersaudara dalam Islam. Jangan jadikan perbezaan fahaman politik sebagai pemutus silaturrahim sesama saudara seagama.

Cuma, kawan harap, keluarga mangsa jangan pula menyalahkan polis atau kerajaan di atas kematian Allahyarham. Kerajaan dan polis telah memberikan cukup amaran memberitahu rakyat bahawa demo jalanan Kotor 2 tidak dibenarkan kerana dikelolakan oleh pertubuhan haram dan tidak mendapat permit polis untuk mengadakannya.

Di sebalik larangan berkenaan, penganjur Kotor 2 masih berdegil dan menghasut rakyat untuk berdemo sehingga melanggar titah Tuanku YDP Agong, maka apabila terjadi kemalangan sebegini, yang patut dipertanggungjawabkan ialah Imam Kotor 2, Ambiga India Juara Murtad.

Kerana kedegilan dia, beribu orang terutamanya Melayu tertipu dengan agenda Kotor dia hingga meninggalkan anak-bini dan pekerjaan semata-mata untuk "beraksi" di ibukota. Kerana India Juara Murtad ni juga, berapa ramai peniaga dan mereka yang mencari rezeki mengalami kerugian kerana perniagaan terpaksa ditutup. Kerana Ambiga bebal ni lah juga, polis terpaksa bersengkang-mata siang dan malam untuk memastikan keamanan negara tetap terjaga.

Jadi, kepada keluarga mangsa dan mereka yang mengalami kerugian angkara Kotor 2 ni, pakat ramai-ramai untuk saman India Juara Murtad ni sampai dia terlingkup dan bertaubat dari membuat onar lagi di masa akan datang.         

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...