ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 28 Mei 2011

ANWAR BERKAWAN DENGAN ARNOLD SCHWARZENEGGER?

Seorang penulis dalam laman web New Ledger, Christopher Badeaux menulis tentang "zaman kejatuhan" Anwar (klik sini). Selain menyamakan kes Anwar dengan yang sedang dialami oleh Dominique Strauss Kahn, Badeaux juga menyatakan Anwar sedang mengikuti jejak langkah bekas Gabenor California yang juga pelakon Terminator, Arnold Schwarzenegger yang kini sedang bergelut untuk menyelamatkan rumahtangganya ekoran skandal seksnya dengan pembantu rumahnya. Adakah tulisan Badeaux ini bermakna rumahtangga Anwar dan Kak Zah juga sedang bergoncang?


Badeaux juga mengatakan ramai penyumbang kepada karier politik Schwarzenegger menyesali perbuatan mereka dan mula menjauhkan diri dari Schwarzenegger. Macam sama saja dengan Anwar?

Dan Badeaux menasihatkan supaya Anwar, Strauss Kahn dan Schwarzenegger supaya mengambil langkah untuk meninggalkan jawatan mereka demi parti yang diwakili dan negara. Badeaux menyifatkan sementara Strauss Kahn telah ditumbangkan, dia kesal bahawa Anwar gagal untuk mengikut jejak langkah Strauss Kahn.

Itu adalah pandangan ikhlas orang luar yang nyata bosan dengan permainan politik Anwar. Di Malaysia sendiri, sudah jenuh mulut pelbagai lapisan masyarakat termasuklah ulamak meminta Anwar mengundurkan diri tapi Anwar tetap dengan "muka toya"nya buat tak tahu dengan desakan itu. 

Anwar takkan berundur selagi dia tak dapat duduk di Istana Putrajaya yang dulu merupakan hasil kerjatangannya (mengikut kata Tun M) tetapi terlepas ke tangan Pak Lah dan Najib. Masalahnya, dengan pelbagai kes akhlak yang dihadapinya, adakah dia layak untuk menduduki takhta Putrajaya? Anda tentukanlah.... 

   

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...