ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 26 Mei 2011

BAGUS SANGAT KE PAKATAN RAKYAT???

DAP menerusi Lim Guan Eng mendakwa penangguhan rasionalisasi subsidi petrol dan gas yang diumumkan kerajaan semalam adalah disebabkan oleh tekanan yang dikenakan oleh PR yang mendesak ianya tidak dibuat pada masa ini.


Kononnya kata Guan Eng, kerajaan BN takut kehilangan undi jika rancangan pengurangan subsidi itu diteruskan juga. Guan Eng juga memberi amaran bahawa  pengurangan subsidi ini akan diteruskan apabila BN memenangi semula pilihanraya umum.


Wah, semua yang berlaku sekarang ni, kredit atau pujian mesti pergi kepada DAP dan PR. Tragedi rumah anak yatim, Pas marah bila media tak sebut kononnya puak mereka yang terawal sampai memberi bantuan, Teresa Kok menyalak beritau Selangor bawa masuk pelaburan asing tertinggi di negara ini dan Guan Eng sendiri pukul canang kononnya kerajaan PR Pulau Pinang bawa masuk pelaburan asing berbilion RM, jauh lebih banyak dari kerajaan BN dulu.


Hello, sori la Guan Eng dan puak-puak Cina sepet tak sunat ni. Perdana Menteri kami amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat. PM kami sudah membuktikan beliau sendiri sanggup turun padang meninjau masalah rakyat dan menawarkan penyelesaian segera kepada masalah rakyat. Dan PM kami tidak perlu ditunjukajar oleh DAP untuk mengambil keputusan menangguhkan pengurangan subsidi itu. Selain itu, terdapat ramai Menteri Kabinet yang bertindak membantah rancangan pengurangan subsidi itu dalam mesyuarat Kabinet semalam. 


Jadi, tak perlulah Guan Eng pukul gendang beritau kononnya dialah juara yang memperjuangkan kesusahan rakyat. Ada baiknya DAP dan Guan Eng pergi selesaikan masalah penduduk Kg Buah Pala, Pulau Pinang dan Kg Kerandang, Selangor yang teraniaya apabila rumah mereka dirobohkan oleh kerajaan PR di sebalik pelbagai janji manis yang ditaburkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya sebelum PRU12 dulu.


Ataupun, pergilah bela nasib peniaga kecil Melayu yang kehilangan punca pendapatan apabila dihalau dari tempat mereka berniaga sekian lama yang tidak pernah diusik oleh kerajaan BN. Bagaimana pula dengan nasib orang Asli di Gua Musang yang tertindas bila hutan tempat mereka mencari rezeki selama berpuluh tahun tiba-tiba diberikan kepada syarikat kroni untuk diteroka menjadi Ladang Rakyat?


Sebab itulah kawan katakan sebelum ni, PR ni adalah pakatan munafik. Dabik dada kononnya perjuangkan keadilan, kesaksamaan, hapuskan kroni dan rasuah tapi itu semua janji sebelum mereka berkuasa. Bila dah berkuasa, mereka lagi teruk dari apa yang mereka dakwa penyelewengan kerajaan BN.


Rakyat yang rasional masih dapat menilai siapa yang lebih jujur memperjuangkan nasib rakyat. Cuma segelintir saja yang membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap pembohongan PR yang terang-terang berlaku di depan mata mereka. 


Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga dari seluruh rakyat kepada PM kami, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...