ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 26 Mei 2011

ANWAR PENGADU DOMBA KEPADA US?

Artikel ini dipetik oleh laman web Malaysia Today dari catatan seorang pembaca Siasahdaily dengan nama samaran Zombi Kg Pisang. Ia menceritakan peranan Eskay dan Anwar Ibrahim sebagai penyalur maklumat kepada US melalui kabel yang dihantar oleh kaunselor politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara US yang dibocorkan kepada Wikileaks.


Anwar, baik semasa di dalam kerajaan mahupun sesudah dibuang dari kabinet dikatakan secara kerap memberikan amaran kepada pegawai kedutaan US tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kabel sulit yang mengandungi laporan dari tahun 1993 hingga 2008 menyatakan Anwar secara konsisten menganggap Najib adalah satu ancaman terhadap dirinya dan sistem demokrasi di Malaysia serta mengamalkan budaya korup dalam pembelian aset pertahanan negara.

Yang peliknya, menurut Zombi Kg Pisang, laman web pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider "membutakan mata" terhadap pendedahan Wikileaks sebaliknya lebih menumpukan perhatian untuk "membogelkan" peranan Eskay dalam konflik Selatan Thailand. Untuk membaca artikel penuh, sila klik sini.

Pada kawan, Anwar ni dah terdesak sangat untuk memegang kuasa sebagai Perdana Menteri. Apa saja kaedah yang difikirkannya boleh membantu dia berkuasa, akan digunakan bagi memastikan dia dapat memegang teraju pemerintahan Putrajaya.

Kawan juga tak terkejut satu hari nanti, Anwar tidak akan keberatan meminta US "melanyak" Malaysia seperti yang terjadi kepada Iraq, Afghanistan dan sekarang Libya. Cuma mungkin, pentadbiran Obama sekarang "malas" nak melayan sangat permintaan Anwar kerana sibuk dengan agenda pemulihan ekonomi mereka selain cuba menyelesaikan konflik di negara yang kawan sebutkan tadi.

Inilah padahnya kalau dah kemaruk kuasa. Tindakan yang diambil tidak sedikitpun memikirkan natijahnya ke atas agama, bangsa dan negara di masa depan. Orang yang seperti ini WAJIB ditolak kerana bakal menghancurkan masa depan negara apabila merelakan diri diperhambakan oleh kuasa asing. Itu belum lagi bercerita mengenai permuafakatan dengan Cina DAP yang mempunyai pelbagai agenda tersirat untuk menguasai lanskap ekonomi dan politik negara.

Marilah kita para blogger yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara, melondehkan tembelang manusia munafik supaya rakyat celik dengan tipu helah manusia anugerah RM1 ini. Cukuplah dengan segala huru-hara yang dibuatnya selama ini. Jangan biarkan manusia ini bermaharajalela membuat sesuka hati bagi memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Pihak berkuasa pun, tolonglah bukakan mata untuk mengawasi dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum keadaan menjadi semakin parah. Kata orang tua-tua, "cegah sebelum parah, jaga sebelum kena".   

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...